Monday, October 18, 2010

Seloka: Bertudung tapi ...Tak Faham Aurat

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Jalan-jalan di laman maya ini terjumpa pula satu seloka yang menarik hati.... Seloka di petik dari laman maya Keluargaku Sayang.....Ada juga ayat yang terkesan di hati. Al-maklumlah... diri sendiri pun belum lagi mencapai tahap terbaik... dan masih lagi cuba untuk memperbaiki diri....

Jom sama-sama kita berseloka.... andai ada yang terguris di hati...saya mohon ampun dan maaf...tidak terniat di hati untuk melukakan hati sesiapa...cuma ingin berkongsi warna..... andai warna ini membawa ceria, bergembiralah...andai warna ini membawa duka, maafkan lah saya....

Seloka bertajuk Bertudung tapi...tak faham aurat....

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat.

Semoga setiap dari kita mendapat keredhaan Allah dengan mengamalkan syariatNya dengan taat. amin.

2 comments:

sexy said...

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung (adakah ianya bmksud purdah?)
*
wp sy tdk bpurdah ttp jika ssorg wanita itu bpurdah tserah kpd wanita tsbt. hormati mrk slagi tdk mnyalahi.
*
smoga drahmati Allah.

Faradilla Rashid said...

Tutup aurat tidak semestinya berpurdah.... Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Tapi sekiranya seseorang itu merasakan kecantikannya boleh mendatangkan fitnah adalah tidak salah kalau dia berpurdah.

Sifat menghormati sesama manusia itu lebih mulia... semoga kita dirahmati dan diberkati Allah. InsyaAllah.