Friday, October 29, 2010

Malaikat Kecil

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Perkongsian ilmu kali ini dipetik dari Blog Mencari Bunga Di Syurga dari tulisan Nazihah atau nama penanya jannatulwardah pada 28 Oktober 2010. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah...

Pendakwah kecil

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid,Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.

Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.

Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.

Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.

Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya. Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.

Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan. Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.

Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka. Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.

Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” ..

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.

Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa.

Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, ” Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,

“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.

Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi

“Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”.

Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.

“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”.

Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk ” Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini. Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.

Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi. Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR.ALLAH HU AKBAR. gemaan takbir bergema di udara.

Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk. Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini. Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

“Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” ~Al-Maidah, ayat 3~

Berbakti kepada Agama dengan ikhlas hati dan tanpa putus asa mampu menyelamatkan satu jiwa yang telah mati. Salam kasih.

Thursday, October 28, 2010

Seloka Famili....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum pembuka kata
Kepada semua yang sudi membaca
Idea nak tulis entri baru tak ada
Jadi saja suka-suka menulis seloka

Hari ini saya nak cerita
Kisah kehidupan kami sekeluarga
Kehidupan yang penuh suka dan duka
Sebagai tanda salam perkenalan untuk semua

Memulakan bicara kita hari ini
dari yang veteren hingga yang muda mudi
Berkenalan dulu dengan ayah dan ibu kami
Dari mereka lah wujudnya kami di sini

Rashid Maideen ayahanda kami
Tengok muka memang ngeri
Tapi sebenarnya baik hati
Orangnya hensem berbudi tinggi


Che Teh gelaran diberi
Ramlah Sharif nama sebenar dalam I/C
Putih berseri ibunda kami
sopan santun & lembut hati


Ayah dan ibu yang kami sayangi
Jasamu tetap kami sanjungi
Mendidik kami untuk berdikari
Juga tak lupa kasihkan Illahi


Rafidah guru yang bijak bistari
Anak sulung dalam family
cantik orangnya berseri-seri
time garang nak dekat pun tak berani


Ruhaizi kini tinggal di kampung
Adat lah kot anak lelaki sulung
Dulu slim la ni dah kembung
tapi tetap hensem dari semua orang kampung


Mohd Syabani tinggal di Kuantan
Aktif bersukan menjadi keutamaan
Main hoki dialah johan
Jarang bersuara macam ada intan


Tiba pula giliran Nor Faradilla
Lincah dan nakal itu lah dia
Mengusik orang itulah yang dia suka
Hobinya melihat orang senyum dan ketawa


Muhd Syahir anak kelima
Mata sepet ala-ala cina
Melayan anak-anak serah kat dia
Macam kat dalam fun fair jadinya


Anak Bongsu bernama Nur Syahira
Yang ni la anak paling manja
Tak boleh la terkasar bahasa
Tentu banjir rumah sudahnya


Itulah serba sedikit kisah kami
Bukan perfect sangat pun keluarga ini
Tapi kami selalu happy
Harap-harap kekal lah kebahagiaan ini

Sekianlah seloka perkenalan kami sekeluarga
Harap tiada yang terasa di hatinya
Doakan kami bahagia bersama
Diberkati dan Diredhai Allah Taala.

Wednesday, October 27, 2010

Agungnya CiptaanMu...Ya Allah...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Sekali lagi pada hari ini...hati ini memanjatkan kesyukuran pada yang Maha Kuasa kerana Dialah yang melorongkan setiap perjalanan hidup ini....

Hari ini ingin rasanya berkongsi pemandangan indah ciptaan Allah di TRAGOESS, Austria yang saya perolehi dari emel seorang sahabat.... Puan Hartini Badarudin. Terima kasih kerana sudi berkongsi emel dengan saya.

Tragoess merupakan satu kawasan tasik yang mempunyai pemandangan unik kerana di dasarnya mempunyai pokok, rumput, bangku dan jambatan. Tasik itu dikenali dengan nama Green Lake yang terletak di sini mempunyai pokok, rumput, bangku dan jambatan asli kerana ia tenggelam buat seketika.

Apabila musim sejuk, kawasan tasik itu akan kering dan ia dijadikan taman. Namun, apabila suhu semakin meningkat, ais dan salji di kawasan pergunungan dekat tasik itu mula cair menyebabkan kawasan taman berkenaan dipenuhi air. Tasik itu kini menjadi tumpuan penyelam untuk melihat keunikan pemandangan semulajadi yang tidak ada di
tempat lain. Memang indah pemandangannya.... Tak dapat pegi untuk menikmati sendiri pengalaman dan pemandangan tersebut... dapat tengok gambar pun jadi lah..... Semoga kita semua sentiasa mensyukuri segala nikmat kurniaanNya...

MasyaAllah... Subhanallah... Allahuakbar....














Monday, October 25, 2010

Ikhlas...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum.... Syukur kepada Allah kerana limpah kurnianya dapat lagi kita bersama berkongsi sedikit ilmu tentang IKHLAS....

IKHLAS (1)

GURU: “Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,”
MURID: “Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
GURU: “Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
MURID: “Karung guni?” (seperti tidak percaya.)

GURU: “Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

GURU: “Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,”

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

MURID: “Cukup?”
GURU: “Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
MURID: “Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
GURU: “Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
MURID: “Ya, ya…” (sambil memikul guni yang berat itu kelelahan).

RAKAN LUAR: “Banyak beli barang,” (apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu).

ORANG PASAR: “Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli, Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,”

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
MURID: “Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
GURU: “Tak buat apa-apa.”
MURID: “Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,”.
GURU: “Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
MURID: “Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.

GURU: “Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
MURID: “Dengan memikul batu-batu ini?”
GURU: “Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak’. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”

MURID: “Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
GURU: “Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”

MURID: “Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYA’ dalam beramal.

Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Allah berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang) .”
(An-Nisa’: 142)

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.
(Al-Baiyinah: 5)

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:

“Yang sangat saya khuatirkan atas kamu ialah syirik yang terkecil.” Sahabat bertanya: “Ya Rasullullah, apakah syirik yang kecil itu?” Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: “Riya’”.

Semoga kita semua mendapat bermanfaat daripada kisah yang telah saya petik dengan izin daripada tuan punya blog Mencari Bunga di Syurga ini. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari perkongsian ilmu ini.... amin.

Friday, October 22, 2010

Segarkan Hati.....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Berehat sebentar mendengarkan Nasyid yang didendangkan oleh Sami Yusuf bertajuk:

Without You.....

Softly you called to me
Across the space between
Across eternity
Where love winds a path unseen

Out of the wilderness
You beckoned my every step
I stumbled sometimes and yet
I never once looked back

‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

Like a heart between beats
I would feel nothing you see
If you took your love from me
I don’t know what more would life mean?

I’d use my final breath
To call out your name and let
That breath upon the breeze
Rise like a kiss to thee

So you might see
Just what your love has meant to me
And what the cost of losing you would be
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

Assalamualaikum wbt...
Tidak semua hiburan itu melalaikan....
Memetik tulisan Abu Basyer.... Berhibur Sebentar Supaya Hati Segar...

Berilah hak kepada hati untuk merasakan suasana istirehat dan gembira, supaya beroleh kesegaran dalam meneruskan usaha yang masih panjang.

Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. pernah berkata, "Sesungguhnya hati itu boleh bosan dan letih seperti badan. Oleh itu carilah segi-segi kebijaksanaan demi kepentingan hati." Katanya lagi, "Istirehatkanlah hatimu sekadarnya, sebab hati itu apabila telah bosan, boleh pula menjadi mati."

Oleh itu, tidak salah sekiranya seorang Muslim bergurau. bermain atau berhibur yang dapat melapangkan hati. Syaratnya tidak menguasai seluruh waktunya sepanjang pagi dan petang sehingga menganggu kewajipan harian.

Maka tepatlah pepatah mengatakan : "Campurkanlah perbicaraan itu dengan sedikit gurauan, seperti makanan yang dicampur dengan sedikit garam."

Hiburan yang dibolehkan dalam Islam termasuklah bentuk-bentuk permainan yang boleh menyegarkan badan seperti perlumbaan dan olaraga. Boleh juga meliputi kegiatan memanah, menembak, menunggang kuda dan 'mencari harta karun'.

Manakala hiburan dalam bentuk syair, nasyid, sajak dan nyanyian lagu-lagu petrotik yang boleh menenangkan hati dan mengenakkan telinga. Hal ini dibolehkan oleh Islam, selagi tidak dicampuri perkataan kotor, keji serta cabul yang mengarah kepada perbuatan dosa. Tidak salah pula kalau disertai dengan muzik yang tidak keterlaluan. Bahkan hiburan dalam bentuk ini disunatkan dalam situasi gembira seperti majlis perkahwinan, hari-hari perayaan Islam dan juga kelahiran bayi.

Sahabat,
Didalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. ada dijelaskan dari Ibnu Abbas r.a. : "Aisyah pernah menghantar pengantin dari seorang kerabatnya kepada seorang Ansar, kemudian Rasulullah bertanya : "Apakah ada dikirim bersamanya orang yang akan menyanyi?"
Aisyah menjawab, "Tidak!." Kemudian Rasulullah berkata, "Sesungguhnya orang-orang Ansar gemar sekali kepada hiburan. Oleh itu alangkah baiknya kalau dikirim seorang yang menyanyikan- 'Kami datang, kami datang! Selamat datang kami, selamat datang kamu....!"
(Riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan hadis di atas, jelaslah soal hiburan menurut kacamata Islam. Kita layani fitrah hati untuk merasakan keringanan serta menyuburkan kesegaran. Bukannya tenggelam dalam kelekaan.

Barangsiapa berniat menghiburkan hati supaya kuat berbakti kepada Allah serta tangkas berbuat kebajikan maka dia akan dikira sebagai hamba yang taat kepada Allah. Manakala bagi hamba Allah yang berhibur dengan tidak berniat untuk berbakti kepada Allah, dia akan membuang masa dengan sia-sia. Tetapi bagi mereka yang berhibur hingga lupa kewajipannya kepada Allah, percampuran bebas lelaki dan wanita dan membuka jalan kepada dosa, maka dia dianggap fasik. Oleh itu kalian jauhilah bentuk-bentuk perbuatan seperti ini supaya terhindar dari kemurkaan Allah s.w.t.

Begitulah hak hati yang perlu kita penuhi agar ia tidak kecewa dan mati. Supaya nanti usaha-usaha yang mendatang akan lebih mantap dalam memburu kebahagiaan hakiki.

Sahabat yang dihormati,
Kalian sepatutnya hidup dengan hati yang sentiasa damai kerana pengaruh keimanan menimbulkan perasaan aman. Zaman bergilir dan masa berubah. Sesudah kecemasan datang keamanan, sesudah kelemahan timbul kekuatan. Sesudah kesulitan datang kelapangan, sesudah gelap terbitlah terang. Disinilah hakikat kebahagiaan yang kalian cari?

Marilah sama-sama kita berdo'a kepada Allah s.w.t.semoga diberinya kesihatan dan ketenangan jiwa sebenarnya dalam kita untuk melalui hari-hari yang mendatang.

"Ya Allah, limpahkanlah hati kami dengan belas kasih-Mu pada siang hari maupun pada saat pagi dan petang yang silih berganti. Tidak lengah dari hati kami, semasa tidur ataupun jaga; kecuali mengingati-Mu antara jiwa dan nafas kami. Tunjukkanlah kami pada jalan yang telah ditempuh oleh hamba-hamba-Mu yang soleh. Bimbinglah kami di dunia dan bahagiakanlah kami di akhirat. Cerahkanlah wajah kami pada saat orang-orang bermuka masam. Amin ya Rabbal Alamin."

Tuesday, October 19, 2010

Do'a Membuka Pintu Hati Untuk Menerima Al-Quran dan Ilmu Yang Haq

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Ketika jalan-jalan di laman maya milik Abu Basyer di Blog Cemerlang, saya terjumpa artikel ini... Rasanya ada baiknya kiranya kita kongsi bersama.... Semoga kita semua mendapat manfaat dan keberkatan daripada ilmu ini....amin.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kenapa kita merasai sukar untuk menghafal ayat-ayat Allah?
Kenapa mukjizat Al-Qur'an tidak menyerap masuk kedalam hati kita?
Kenapa arahan Al-Qur'an tidak mampu kita hayati di dalam kehidupan kita?

Kenapa kita sukar untuk memahami Islam,
walaupun setiap hari kita membaca bahan-bahan mengenai Islam?

Kenapa kita sukar untuk melaksanakan Islam dalam kehidupan kita,
walaupun kita mengetahui setiap arahan Allah dan Rasul-Nya wajib kita patuhi?

Tepuk dada tanya iman kita...adakah kerana banyak kotoran yang melekat dihati kita hinggakan nur hidayah dan nur rahmat tidak mudah menyerap masuk di hati kita.?

Untuk menjawab persoalan ini marilah kita hayati do'a yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Sayyidina Ali k.w.

Abdullah bin Abbas r.a. berkata, "Saya pergi ke majlis Nabi dan disana Sayyidina Ali k.w telah datang dan berkata, "Wahai Rasulullah, saya mengorbankan ayah dan ibu saya untuk tuan, ayat-ayat Al-Qur'an tidak melekat pada hati saya. Apa-apa saja yang saya hafal tidak kekal dalam ingatan."

Nabi s.a.w bersabda maksudnya , "Hendakkah saya memberitahu kamu satu cara yang akan memberi manfaat kepada kamu dan kepada sesiapa yang akan kamu sampaikan tentang hal ini serta apa-apa sahaja yang kamu pelajari akan terpelihara dalam ingatanmu?"

Diatas permintaan Ali k.w Nabi s.a.w memberitahu, "Apabila tiba malam jumaat, sekiranya kamu mampu, bangunlah pada satu pertiga bahagian akhir malam. Masa itu masa yang paling baik kerana masa itu adalah masa para malaikat turun ke bumi dan masa yang khusus untuk penerimaan do'a. Untuk menunggu masa tersebutlah Nabi Ya'akub a.s. berkata kepada anak-anaknya yang bermaksud, " Tidak lama lagi aku akan memohon keampunan untuk kamu daripada Tuhanku." (yakni malam jumaat).

Setelah selesai solat tahajjud 4 rekaat , memuji Allah s.w.t, beristighfar, berselawat dan mohon keampunan untuk kaum Muslimin dan Muslimat baik yang masih hidup atau telah meninggal dunia maka teruskan membaca do'a ini :

"Ya Allah, rahmatilah daku sehingga daku dapat meninggalkan segala maksiat selama Engkau menghidupkan daku. Rahmatilah daku supaya daku tidak menanggung apa-apa beban yang tidak memberi manfaat kepadaku. Kurniakanlah kepada daku pandangan yang baik terhadap amalan yang membawa daku kepada keredhaan-Mu.

Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, wahai Tuhan yang memiliki kehebatan dan kemuliaan serta kehormatan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh sesiapapun. Wahai Allah, wahai yang Maha Pemurah, aku memohon dengan kehebatan dan nur wajah-Mu supaya Engkau menetapkan hatiku untuk menghafal kitab-Mu sebagaimana Engkau telah mengajarku. Dan kurniakanlah (taufik) supaya daku dapat membaca al-Qur'an dengan cara yang menyebabkan Engkau redha terhadapku.

Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang memiliki kehebatan, kemuliaan dan kehormatan yang tidak dapat di capai (oleh sesiapapun), wahai Allah dan wahai Tuhan yang Maha Pemurah, aku memohon dengan kehebatan dan nur wajah-Mu supaya Engkau mencahayakan penglihatanku dengan nur kitab-Mu dan Engkau mengerakkan lidahku untuk menyebut al-Qur'an dan Engkau menghilangkan kesempitan hatiku dengan keberkesanan al-Qur'an dan Engkau lapangkan dadaku dengan keberkatan al-Qur'an.

Dan Engkau membasuh badanku dengan al-Qur'an (dari kekotoran dosa) kerana sesungguhnya tiada pembantu bagiku keatas perkara yang haq (benar) kecuali Engkau dan tidak ada yang mengurniakan perkara haq itu (kepadaku) kecuali Engkau.
Dan tiada daya (untuk melakukan sebarang kebaikan) dan tiada upaya (untuk menjauhi sebarang kejahatan) kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."

Selanjutnya, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Wahai Ali, lakukanlah amalan ini sama ada 3 kali Jumaat, 5 kali Jumaat atau 7 kali Jumaat. Insya Allah do'a kamu pasti akan dikabulkan. Demi Zat yang mengutuskan daku dengan kebenaran, do'a ini tidak akan ditolak daripada mana-mana Mukmin."

Abdullah bin Abbas r.a. berkata, " Setelah berlalu 5 atau 7 minggu maka Sayyidina Ali k.w. telah datang ke majlis Nabi s.a.w. dan berkata, "Wahai Rasulullah, dahulu saya membaca lebih kurang 4 ayat, itu pun saya tidak dapat mengingat sedangkan sekarang saya membaca 40 ayat dan ayat-ayat itu dapat saya ingati sehingga seolah-olah al-Qur'an terbuka dihadapan saya. Sekarang, setelah saya mendengar hadis, apabila saya ingin menyampaikan hadis itu kepada orang lain, satu huruf pun saya tidak tertinggal."

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita amalkan do'a ini semoga terbuka pintu hati kita untuk menerima ayat-ayat al-Qur'an dan ilmu yang haq dan benar dan mampu pula kita amalkan dan sampaikan kepada orang lain. Semoga Allah s.w.t memberi taufik dan hidayah-nya kepada kita semua dan diiringi pula dengan rahmat dan keberkatan.

Monday, October 18, 2010

Opssss....Maaf ye

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t...

Opssss.... Maaf ye tetiba pulak keluar gambar2 fesyen2 pakaian di laman ni.... Sebenarnya akibat terlalu teruja dengan ilmu baru diperoleh dari Kak Chik dari laman Keluargaku Sayang tadi... Rasa cam ala2 game la pulak.... namanya Polyvore.... bleh check kat polyvore.com kalau nak try.... Menarik permainan ni(bukan game sebenarnya pun)mencipta fesyen yang sesuai dan minat mata memandang gitu.... try la mix and match je.... bukan kena reka sendiri pun....

Polyvore Sesuai Untuk Mereka Yang Minat Fesyen

Perhatian ya kepada semua peminat fesyen sama ada minat tengok, minat pakai atau minat reka, Polyvore adalah satu-satunya alat untuk anda manfaatkan. Ramai di kalangan teman-teman dan juga pengunjung yang minat fesyen. Malah ada yang menjadi usahawan internet menjual tudung, blouse, kasut, handbag, membuat dekorasi dalaman dan seumpamanya. Gunakan Polyvore dan kalian akan dapat menghasilkan satu set rekaan seperti 'magazine spread'.

Kata Nadia dari blog rasmi Polyvore.com:

Say goodbye to the complexity of creating spreads with Adobe Photoshop. Polyvore makes it easy to add professional, magazine-like spreads using real products to your blogs. Whether you’re blogging about celebrity style or highlighting your favorite pair of shoes, the creation process is simple.

Siapa nak belajar menggunakan Polyvore? Jom kita belajar.

1. Mula-mula kalian kenalan Register sebagai ahli Polyvore.com dulu. Nak Register senang je. Masuk ke www.polyvore.com dan cari perkataan Register kat menu bar. Skrin utama Polyvore macam kat bawah ni.

2. Selepas mendaftar, kalian akan mempunyai page sendiri seperti yang yang dibawah ni:

3. Setiap kali mahu mereka cipta, kita kenalah sign-in dan kita akan terus masuk ke Home - Polyvore untuk seorang ahli seperti kat bawah:

4. Kat menu bar ada beberapa buttons, yang selalu di guna untuk mereka set ialah Create. Dan kat bwah tu rupa skrinnya. Ruang kosong kat sebelah kiri itulah papan kerja kita. Sebelah kanan ialah ikon-ikon untuk kategori item yang ada. Gunakan common sense kalian untuk bermain-main dengannya.

jika tak jumpa apa yang dicari, gunakan Search
5. Susun aturkan gambar mengikut kreativiti masing-masing. Misalnya hingga menjadi seperti di bawah:

untuk pastikan rekaan ini dapat dilihat dan dikongsikan kalian kenalah Publish kan ia
6. Satu pop-up menu akan keluar maka isikanlah maklumat yang diperlukan. Untuk lebih menarik dan berjaya memperkenalkan set rekaan kalian agar di'favorite'kan oleh ahli-ahli Polyvore, maka sertailah mana-mana Groups yang ada. Cari di Home - Polyvore. Jangan tak tahu, kalian boleh poskan set itu ke facebook dan juga twitter.

7. Dah selesai... set tadi kini boleh dilihat oleh seluruh ahli Polyvore seluruh dunia. Untuk letakkan gambar set rekaan anda tadi, sila klik nickname kalian pada menu bar untuk masuk ke laman peribadi anda di Polyvore. Set terkini akan berada paling atas di sebelah kiri.

8. Cara untuk letakkan set (embedded) dalam blog kita. Klik pada gambar rekaan kalian, satu menu lain dibuka. Sebelah kiri gambar set dan di sebelah kanan ada link Embed on your blog, klik link itu dan menu pop-up muncul. Buat pilihan Image size dan Include items. Bila dah puas hati, copy kod yang diberikan dan tampalkan dalam blog.

Going to a weddingFashion Trends & Styles - Polyvore
Going to a wedding by hanniaziz featuring Unisa shoes

9. Bila dah paste/embed dalam blog, bolehlah kita buat cerita sikit pasal rekaan kita tu. Kalau taknak pun, letak gambar saja pun ok. Siapa yang tak suka tengok gambar yang cantik kan?

10. Ada sambungan lagi pasal teknikal tapi jemari kakchik dah lenguh la. Insyaallah kalau rajin kakchik akan sambung lagi.

Sebelum terlupa, Polyvore juga boleh digunakan untuk menghasilkan:

Art & Expression juga Interior Design

Tu ler kisahnya yang terkeluar gambar-gambar fesyen ni..... Teruja dengan ilmu baru hasil jalan2 di laman maya Kakchik yang amat menarik tu langsung la try.... rupanya muncul pulak dia di sini... blajo tak abih nak praktikkan sangat...tu ler jadinya.... Apapun, ilmu yang sedikit selagi dimanfaatkan akan memberi erti yang besar kepada semua.

Disebabkan azan dah berkumandang.... so sambung lagi lain kali bila berkesempatan mempelajari ilmu ini dari kak chik lagi. Wassalam.

Blooming Blue

Orange Classic

My First Trial...

My First Trial...
My First Trial... by Faradilla Rashid featuring slip on boots
Hope you'll like it

Seloka: Bertudung tapi ...Tak Faham Aurat

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Jalan-jalan di laman maya ini terjumpa pula satu seloka yang menarik hati.... Seloka di petik dari laman maya Keluargaku Sayang.....Ada juga ayat yang terkesan di hati. Al-maklumlah... diri sendiri pun belum lagi mencapai tahap terbaik... dan masih lagi cuba untuk memperbaiki diri....

Jom sama-sama kita berseloka.... andai ada yang terguris di hati...saya mohon ampun dan maaf...tidak terniat di hati untuk melukakan hati sesiapa...cuma ingin berkongsi warna..... andai warna ini membawa ceria, bergembiralah...andai warna ini membawa duka, maafkan lah saya....

Seloka bertajuk Bertudung tapi...tak faham aurat....

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat.

Semoga setiap dari kita mendapat keredhaan Allah dengan mengamalkan syariatNya dengan taat. amin.

Thursday, October 14, 2010

Kita lebih baik dari bidadari syurga..

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Artikel ini telah saya petik dengan izin dari Blog Mencari Bunga di Syurga. Terima Kasih kepada tuan empunya blog: jannatulwardah diatas perkongsian ilmu ini.

Assalamualaikum w.b.t..

Benarkah wanita solehah lebih baik dari bidadari yang ada di syurga..?
Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi SAW, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.

Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata ”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Semoga lebih ramai wanita di dunia ini akan menjadi lebih baik dari bidadari syurga di akhirat kelak....amin.

~salam kasih~ :)

Wednesday, October 13, 2010

“Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di NERAKA,”jelas seorang manusia yang mempertikaikan hukum aurat dan mencabar ALLAH SWT

Assalamualaikum....
Memetik satu artikel dari blog Abu Basyer yang dicoretkan pada Sabtu, 9 Oktober, 2010

Assalamualaikkum & Salam Peringatan,
Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

(Di petik daripada tulisan Zameer Fisabilillah)

Friday, October 8, 2010

Keistimewaan & Kebaikan Hari Jumaat

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana memperkenankan perkongsian ilmu kita pada hari ni.... Ilmu ini hasil tulisan Abu Basyer pada Khamis, 23 September , 2010 jam 2:46pm.... Semoga kita mendapat manfaat daripadanya....

Sahabat yang dirahmati Allah,

Hari Jumaat ialah hari besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya. Ini jelas daripada Firman Allah yang bermaksud : "Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui". (Surah Jumaah ayat 9)

Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingan dunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkan bahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan.

Dalam hadis lain Rasulullah mengatakan hari Jumaat adalah hari yang besar disisi Allah. Ia lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari Jumaat kita disunatkan pergi ke masjid awal, sekurang-kurangnya sebelum tergelincir matahari. Ini kerana pada setiap hari Jumaat, Allah mengutus malaikat berdiri di pintu masjid untuk mencatat nama mereka yang masuk. Apabila khatib naik ke mimbar, berhentilah mereka mencatatnya.

Dalam perjalanan ke masjid kita hendaklah dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri. Apabila berada dalam masjid, janganlah melangkah kepala orang untuk ke saf hadapan atau berjalan di sisi mereka. Jika hendak duduk di saf hadapan, kita hendaklah datang awal kerana Rasulullah melarang keras melangkah kepala orang. Apabila masuk masjid, hendaklah kita solat dua rakaat tahayattul masjid walaupun pada masa itu khatib sedang berkhutbah.

Sebaik-baiknya hendaklah solat di tiang yang terdekat dengannya supaya orang ramai tidak lalu di hadapannya ketika ia sedang solat. Ketika imam berkhutbah, kita hendaklah mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang disampaikan. Anggaplah nasihat itu untuk diri kita dan berazamlah untuk melaksanakan segala nasihat tersebut.

Jangan sekali-kali berkata-kata atau bercakap dengan teman ketika imam berkhutbah. Larangan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang berkata kepada temannya sedangkan imam masih berkhutbah: Dengarlah! Maka dia telah lalai, dan barang siapa yang lalai pada waktu imam sedang berkhutbah maka tiada Jumaat baginya." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Setiap hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. Hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa daripada hari-hari lain. Terdapat enam keistimewaan hari Jumaat iaitu :

1. Berlakunya hari kiamat.

Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari Syurga.

Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam a.s. diciptakan, dan hari ini jugalah baginda diturunkan daripada Syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya : “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari Syurga.”

3. Penghulu segala hari.

Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat di namakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

Daripada Abdullah bin Amr berkata sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Jadi, sama-samalah kita berdo'a moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah s.w.t.

5. Kebaikan menjaga kebersihan dan memotong kuku.

Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya do'a di antara dua khutbah.

Majoriti ulama' berpendapat bahawa makbulnya do'a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan". (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdo'a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan do'anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Sahabat yang dimuliakan,

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda maksudnya :

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta."

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu."

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas."

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam , " dan

"Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi."

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tarmizi).

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam antaranya adalah :

1.Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat. Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda maksudnya : "Tidaklah daripada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur". (Hadis Riwayat Tarmizi)

2. Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo'akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

3. Waktu solat subuh membaca surah al-Sajdah dan surah Al-Insan.

4. Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas

5. Memperbanyakkan do'a, zikir dan selawat

Firman Allah Dalam Al-Quran maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)". (Surah Al-Ahzab, ayat 56)

6. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

7. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang."

8. "Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar."

9. "Mereka yang berdo'a dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah."

Sahabat,

Marilah kita sama-sama kita menfaatkan malam dan hari Jumaat untuk kita mempertingkankan amal ibadah, berdo'a dan berselawat kepada Nabi s.a.w. Hari Jumaat adalah hari kebesaran umat Islam. Terdapat banyak pahala , ganjaran dan keistimewaan yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w khusus untuk umat Islam yang mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Semoga kalian semua beroleh keberkataan dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t. dalam amalan soleh yang kalian kerjakan.

Wednesday, October 6, 2010

Sekitar Jamuan Raya @ Pejabat...

Assalamualaikum....

Syukur..... Alhamdulillah dapat lagi bersama2 di bulan syawal ni.....

Masih di mood raya dan suasana raya dengan acara rumah terbuka....so, layan je lah gambo-gambo jamuan raya pejabat yang diadakan pada 24 September 2010 yang lalu....











Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan Jamuan Raya pada kali ini.... Terima kasih.