Tuesday, February 22, 2011

Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & MUET 2010....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Pada 21 Februari 2011 (Isnin) telah berlangsungnya Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM & Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & MUET Tahun 2010 di Dewan Besar MPM yang disempurnakan oleh Y Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli bin Abdul Razak, Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia.
Seramai 46,780 atau 92.49% calon lulus penuh bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan STPM tahun lepas (2010). Keputusan itu mencatatkan penurunan sebanyak 0.06% berbanding 48,481 calon atau 92.55% pada tahun sebelumnya (2009).

Hanya lapan calon berjaya mencapai keputusan gred A bagi kelima-lima mata pelajaran yang diambil berbanding 15 calon dalam tahun sebelumnya. Daripada lapan calon berkenaan hanya empat calon berjaya mencapai kecemerlangan dalam semua kertas peperiksaan yang diambil dan diumum sebagai penerima anugerah pelajar cemerlang pada majlis tersebut. Mereka ialah pasangan kembar Charlotte Teong  Chuin Yi, Aimee Teong  Chuin Ai, Chow Jun Kang dan Ling Xiao Chun.
Majlis tersebut juga turut memberi anugerah kepada calon kategori luar bandar terbaik dan calon pelajar istimewa mengikut kategori masing-masing. Calon dari SMK Kota Marudu, Sabah, Syivero Patrick diumumkan sebagai pelajar terbaik kategori luar bandar. Manakala Hazwani Ibarahim dari SMK Tun Sharifah Rodziah, Kedah (pelajar istimewa cemerlang kategori sengau).
Syivero Patrick yang bekerja sambilan sebagai tukang rumah untuk menampung perbelanjaan persekolahannya untuk membantu bapanya Patrick Jimmy & ibunya Lompah Kinson yang hanya bersawah.
Turut diberi anugerah atas kecemerlangan dalam peperiksaan STPM 2010 ialah penerima anugerah pelajar istimewa cemerlang kategori Spastik, Low Hong Ping; Ahmad Syakirin Johari bagi kategori Rabun; Mohd Rifaat Hussin bagi kategori Buta;  dan Chong kai Zhen bagi kategori Pekak.
Mohd Rifaat Hussin (Cemerlang Kategori Buta) bersama sijil STPM Braille
Walaupun mereka ini tergolong dalam kumpulan orang kurang upaya, mereka ini mampu membuktikan bahawa kecacatan dan kekurangan diri  bukanlah penghalang untuk mencipta kejayaan.

Kesemua penerima Anugerah Pelajar Terbaik STPM & MUET 2010
 Kesemua penerima anugerah ini membawa pulang Slip keputusan & Sijil STPM, sebuah plak dan Cek RM1000 sebagai penghargaan atas usaha mereka.

Semoga semangat kental dan daya juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh penerima anugerah pelajar cemerlang ini mampu menjadi inspirasi kepada semua pelajar lain agar dapat menyuntik semangat mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Sekalung tahniah buat semua penerima Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & MUET 2010. 

Terima kasih kepada semua wakil media yang hadir & memberikan kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung. 

Gambar: Utusan Malaysia, Berita Harian, NSTP & STAR.

5 comments:

SMK KOTA MARUDU 2 said...
This comment has been removed by the author.
Faradilla Rashid said...

Semoga SMK Kota Marudu 2 dapat mencatat keputusan terbaik STPM setiap tahun.... InsyaAllah.

Cikgu Kaunseling Ma said...

assalamualaikum .artikel yang menarik.
saya copy paste ye sebahagian aryikel ini dan saya telah link kan ke blog ini

Faradilla Rashid said...

Terima kasih Cikgu...

Seanshero Japrin said...
This comment has been removed by the author.