~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..
Sempena Maulidur Rasul yang merupakan Hari Kelahiran Kekasih Allah... Muhammad Ya Rasulullah...
Menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan bersempena dengan Maulidur Rasul ini juga amat menarik. Bicara Wahyu kali ini membicarakan tentang cara menunjukkan rasa kasih dan sayang kita kepada Rasullullah.... Jom kita kongsi...
Kata cinta... Mana buktinya...??? Buktikan cinta anda....
Berikut merupakan beberapa cara yang boleh diamalkan untuk membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah......
1. Sentiasa mematuhi segala suruhan dan larangan Baginda Rasulullah s.a.w
Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kami kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu! (Muhammad: 33)
....Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang yang melanggar perintahNya). (al-Hasyr:77)
2. Menjadikan Baginda Rasulullah s.a.w teladan dalam kehidupan seharian
Allah berfirman: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21)
3. Mencintai Baginda Rasulullah s.a.w. mengatasi kecintaan kepada makhluk lain atau kenikmatan.
Allah berfirman:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (at-Taubah: 24)
4. Memuliakan Baginda s.a.w ketika disebut namanya dengan berselawat dan mendoakan ke atas Baginda s.a.w.
5. Mengambil berat mempelajari sunnah Baginda serta mengkaji sirah, keperibadian, tingkah laku, akhlak dan adab Baginda.
Menjadikan Rasullullah s.a.w. ikutan terbaik dalam menjalani kehidupan seharian.
Menjadikan Rasullullah s.a.w. ikutan terbaik dalam menjalani kehidupan seharian.
Terdapat banyak lagi cara kita menunjukkan kasih sayang kita kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Walau apa pun caranya, buatlah dengan ikhlas agar kehidupan kita sentiasa diberkati Allah.
Jangan hanya kita menunjukkan kasih sayang kepada Rasulullah hanya pada hari Maulidur Rasul... tetapi haruslah ditanam kasih dan sayang itu pada setiap hari.... semoga Rasulullah juga akan menyayangi kita .. InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment