Friday, July 22, 2011

Seloka Sempena Persaraan Timbalan Ketua Eksekutif MPM....


Awal Bismillah pembuka kata
Assalamualaikum pemula bicara
Hari ini kita berseloka
Meraikan tuan TKE1 kita

Ahmad Tajudin empunya diri
Lemah lembut berbudi tinggi
Rajin bekerja, jarang bercuti
Tentu beliau berdedikasi tinggi

Berlari-lari pergi  ke mesyuarat
Masa digunakan penuh hemat
Menjalankan tugas penuh semangat
Tuan memang kami hormat

Melihat orangnya memang tak sangka
Dah pencen rupanya dia
Masih segak lagi bergaya
Perkhidmatannya cekap lagi saksama

Sukar mendengar beliau bersuara
Kecuali jika ada urusan kerja
Gayanya relaks lagi selamba
Kerja dijalankan pastikan sempurna

Menggantikan KE ke sana sini
Jalankan tugas seikhlas hati
Kredibiliti tinggi terpatri dihati
Membantu MPM ke puncak tertinggi

Tuan TKE1 yang budiman
Kelihatannya tuan sentiasa tenang
Jasa baktimu kami kenang
Menjadi ingatan sepanjang zaman

Goresan ini terpaksa di henti
Banyak berkisah makin sedih hati
Melihat tuan meninggalkan kami
Pedih terasa di lubuk hati

Walau pun kita terpisah kini
Jangan dilupakan kami di sini
Pergimu tuan hilanglah seri
Tak dapat diganti dihati kami

Sekian dulu seloka kami
Salah dan silap mohon dimaafi
Kepada tuan yang kami hormati
Semoga hidupmu Allah berkati.

No comments: