Monday, September 10, 2012

Sihat dan Sakit Itu Ujian....

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...

Tanpa kita sedar, tuhan sentiasa menguji kita. Nikmat sihat itu satu ujian meski kita tidak merasainya. Dan sakit itu satu ujian tanpa kita menyedarinya.

Adakalanya kita terlupa bahawa sihat itu satu ujian.... ketika sihat Allah uji kita sama ada kita ingat atau lupa padaNya... Adakah kita menunaikan ibadah kepadaNya.... atau kita menunggu sakit baru lah kita ingat untuk berdoa dan beribadah padaNya...

Ketika sakit Allah uji kita, sama ada kita sabar menempuh ujianNya... patuhkah kita menjalankan ibadah kepadaNya... kukuh kah iman di hati kita setelah ditimpaNya musibah kepada kita....

Bersyukurlah kita andai Allah menguji kita dengan sakit... itu tandanya Allah masih menyayangi kita.... diberikan ujian kerana Allah rindukan rintihan dan doa dari hambaNya... dan kesakitan itu menghapuskan dosa-dosa kecil.... agar terlerai segala dosa dan bersih diri kita dari segala dosa kecil....

Allah menguji kita dengan bencana tubuh, Allah juga menyediakan penawarnya dan Dialah juga yang menentukan bagaimana dan bila penyakit itu disembuhkan.... mungkin kita bertemu doktor untuk mendapatkan ubat...itu cuma ikhtiarnya, tapi kesembuhan adalah hak milik Allah....

Allah berfirman dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar), dan (ingatlah), Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Gambar: Encik Google
"Tidaklah seorang muslim tertimpa sesuatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sakit bukan lah satu penderaan kepada setiap umat manusia. Bahkan kesakitan atau musibah itu merupakan satu nikmat oleh Allah untuk membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda sama ada yang kita lakukan dalam sedar mahupun tidak sedar.

Alhamdulillah.... Syukur dengan segala ujianMu ini Ya Rabb.... Terima kasih Ya Allah kerana memberikan ku kekuatan untuk sentiasa mengingatiMu tidak kira tika sihat mau pun sakit... agar aku sentiasa dekat denganMu...  

Alhamdulillah... kerana di beri peluang untuk merasai segala kenikmatan di dunia ini.... maupun hanya persinggahan sementara, ku berterima kasih padaMu Ya Rabb kerana memberikan ku nikmat kasih sayang, kegembiraan, kesedihan, kesakitan dan segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada ku.... Moga hidup dan matiku akan terus kekal dalam Islam dan Iman.... Berikanlah aku kekuatan dalam menempuhi segala ujianMu Ya Allah...

2 comments:

Unknown said...

Boleh share tak sis ? ^_^

Faradilla Rashid said...

Boleh aja.... Terima kasih...