Wednesday, January 23, 2013

Jom Amalkan Sujud Syukur....


Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah kerana diberikan ruang dan peluang untuk terus bernafas di bumiNya.

Alhamdulillah kerana kita masih mampu menikmati lagi makanan yang sedap, memakai pakaian yang selesa, menikmati udara yang segar bersama  keluarga tersayang dan rakan-rakan.

Pernahkah kita mengucapkan syukur pada Allah swt sepanjang kita hidup ?
Berapa kali agaknya kita mengucapkan syukur kepada Allah swt sepanjang hidup kita?
 
Blogwalking menemukan saya dengan blog www.kasutkaripap.blogspot.com dan Ustazah Azimah...Ustazah Azimah.

Firman Allah swt dalam surah Ibrahim ayat 7:

Maksudnya : " Dan ingatlah tatkala tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras

Dan telah dijanjikan Allah swt dalam surah Luqman ayat 12 :

" …. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur maka tidaklah menjadi hal kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah maha kaya, lagi maha terpuji "
 
Ustazah Azimah berkongsi cara-cara sujud syukur mengikut Imam Syafie. Jom kita amalkan sujud syukur ini.

1. Berniat (Takbiratul ihram)

2. Sujud seperti sujud dlm solat fardhu (sekali sahaja)

3. Bacaan ketika sujud sama seperti bacaan ketika sujud biasa juga. Selepas itu berdoalah kepada Allah mohon dan kemukakanlah permohonan dan hajat.

4.Selepas itu memberi salam.

Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang bersyukur dengan segala nikmat  kurniaanNya...InsyaAllah

No comments: