Wednesday, September 11, 2013

Seminar Kebangsaan dan Pameran Pendidikan Seni Visual 2013




 Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Syukur kepadaNya kerana kita diberikan ruang dan peluang untuk terus bernafas dan menikmati keindahan alam pada hari ini..... Semoga kita semua dipanjangkan umur (umur yang bermanfaat hendaknya), dimurahkan rezeki dan diberkati Allah....

Hari ni saya nak war-warkan satu aktiviti yang melibatkan Majlis Peperiksaan Malaysia.... Aktiviti yang dimaksudkan ialah Seminar Kebangsaan dan Pameran Pendidikan Seni Visual 2013 anjuran bersama Universiti Teknologi MARA, Shah Alam...

Seminar dan pameran ini akan berlangsung di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam....

VISUAL 13- SEMINAR KEBANGSAAN & PAMERAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2013.
Tarikh : 12 September 2013
Masa : 08:00 pagi
Tempat :
Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
Turut berlangsung sepanjang program adalah aktiviti pasar seni, demonstrasi seni, bengkel serta bicara seni.



Kepada pelajar yang mengambil kertas Seni Visual STPM adalah digalakkan untuk datang dan diharap anda akan mendapat informasi yang berguna untuk menjawab Kertas Peperiksaan Seni Visual STPM nanti.

Saya juga akan terlibat dengan aktiviti ini sebagai petugas..... jadiiii..... Jom kita jumpa di sana....

No comments: