Wednesday, August 28, 2013

Acara Makan-Makan di MPM


Alhamdulillah... dikurniakan kesihatan yang baik oleh allah untuk meneruskan perjalanan hidup ini.... Minggu ini merupakan minggu makan-makan di pejabat..... Dimulakan dengan Jamuan Raya MPM pada 26 Ogos 2013, disambung dengan Jamuan Persaraan 2 orang pegawai di MPM....

Jom kita mulakan....

Jamuan Raya MPM...
26 Ogos 2013




Ini lah sup Power Bujang Lapok...ala2 sup Doraisamy gitu... memang 5 star lah....

PA bersama Timbalan Ketua Eksekutif

gerai minuman....

Mama2 berposing....

gerai lemang, ketupat, dan rendang.... satu2nya gerai yg sediakan cabutan bertuah....hihihi
 
Potong kek Raya... Red Velvet lagiiii... yummy
Dan banyak lagi gerai-gerai lain yang menyediakan pelbagai makanan lain... Ada Nasi Kerabu, Laksa Johor, Nasi Impit dan Kuah Kacang, Lontong, Mee Bandung dan pencuci mulut (kuih raya, sandwich, tepung pelita, kek, dan buah-buahan.

Semoga kemeriahan dan persaudaraan ini kekal selama-lamanya....


Jamuan Persaraan Encik Ghazali Arshad & Puan Zuraidah Mohd Sharif
27 Ogos 2013

Semalam berlangsungnya Majlis Persaraan 2 orang staf MPM.... Encik Ghazali bin Arshad, Pegawai Sistem Maklumat dan Puan Hajah Zuraidah binti Haji Mohd Sharif, Ketua Kerani di Bahagian Peperiksaan Luar.

Majlisnya sederhana sahaja.... mungkin kerana diselubungi kesedihan.... bila otai-otai dan sifu-sifu yang bersara...sedihhhhh

Majlis diserikan dengan paparan video yang diraikan.... tiada persembahan lain... semuanya sedih2 je camne nak buat persembahan... hmmmm

Yang diraikan... Encik Ghazali (berbaju putih).... berucap siap nyanyi lag...cayalahhhh

Yang diraikan... Puan Zuraidah (bertudung kuning) hampir menitiskan airmata ketika berucap tadi.... sedeyyyy

menu yang dihidangkan... ada kambing beriani lagiiii....

menikmati... menghayati....

antara hadiah yang diberikan....
Ada banyak lagi hadiah dan gambar-gambar.... tapi tak sempat nak upload lagi.... setakat ini dulu untuk hari ni.... Wassalam....

No comments: