Thursday, September 17, 2015

Lawatan ke Penjara Kajang

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur kepada Allah diberikan ruang dan peluang untuk menikmati hari-hari indah di bumi bertuah milikNya...

Hari ini, saya meneruskan kembara ini.... mengutip satu lagi pengalaman hidup.... Moga ianya bermanfaat kepada saya dan rakan-rakan juga...

Melawat ke Penjara Wanita Kajang, anjuran PUSPANITA KPM merupakan pengalaman yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit... 

Seawal pagi dalam rintik hujan dari Bandar Baru Selayang, meredah kesesakan lalulintas ke Putrajaya tidak lah sia-sia... Dari Putrajaya kami bersama-sama menaiki bas yang disediakan menuju ke Penjara Kajang... Perjalanan nya kurang dr 30 minit... Rasa tak sabar nak menimba ilmu dan pengalaman di sana...

Perjalanan dari Putrajaya ke Penjara Kajang

Setibanya di hadapan bangunan bertembok tinggi dihiasi kawad berduri dan diawasi ramai pegawai terlatih... Hati tiba-tiba dipalu rasa bimbang, takut, seram dan bermacam perasaan bercampur baur... Ya Allah bagaimana mereka yang menghuni di dalam nya ini... 

dah sampai...

Pintu Pertama untuk masuk ke Penjara Wanita Kajang

Doa kupanjatkan agar semua ahli rombongan berada dalam kesejahteraan sepanjang acara....

Menjejakkan kaki ke dalam ruang pertama, kami diperiksa agar tidak membawa sebarang peralatan hatta beg duit dan telefon bimbit pun terpaksa ditinggalkan di luar... Cuma masuk membawa diri sahaja... Diberi sedikit taklimat berkenaan apa yg boleh buat dan apa yang dilarang... Sebelum dibawa masuk ke ruang lain pula...

Ruang kedua ini baru lah memasuki Penjara Wanita Kajang... Bersebelahannya menempatkan banduan lelaki bahagian rawatan & pemulihan dadah... Ruang hadapan Penjara Wanita ini terdapat pejabat, tempat dokumentasi & pemeriksaan banduan yang baru dimasukkan ke sini... 

Memasuki satu lagi pagar... Tiba lah kami ke ruang kerja atau dipanggil bengkel kerja... Ruangan pertama menempatkan bengkel Batik... Di sini penghuni di sini diajar menghasilkan batik... Cantik-cantik batik yang dihasilkan di sini dengan kualiti bahan yang baik... Mereka juga sedang menyiapkan batik untuk pertunjukan peragaan Oktober ini kata pegawai tang membawa kami tadi... Hebatkan...?

Di sebelah belakang bengkel ini merupakan dapur bagi penghuni di sini memasak makanan yang akan dimakan oleh mereka dan rakan-rakan mereka di sini... 

Memasuki bangunan 2 tingkat... Kami diminta untuk naik ke tingkat dua untuk ke bengkel jahitan dimana penghuni di sini sedang menjahit pakaian yang ditempah oleh pegawai di situ ataupun orang luar, pakaian yang akan hasilkan untuk dijual kepada pelawat, menjahit manik pada pakaian, menghasilkan sulaman dan semua aktiviti berkenaan jahitan dilakukan di sini...

Di bilik bersebelahan kami di bawa untuk menyaksikan bagaimana para penghuni menghasilkan kraftangan... Dan kebetulan mereka sedang menyiapkan tempahan 'door gift' untuk majlis perkahwinan anak VIP... Memang hasil tangan mereka amat berkualiti dan cantik... 

Di bilik sebelahnya merupakan bilik untuk penghasilan produk makanan seperti kek, biskut, makanan beku (frozen food) dan pelbagai jenis makanan lagi... 

Lawatan yang sepatutnya diteruskan dengan melawat taska tidak dapat diteruskan kerana taska penjara masih bercuti pada hari ini... Bukan rezeki kami untuk bertemu anak2 comel yang menghuni di sini nampaknya...

Selepas diberikan sedikit ruang untuk menyaksikan barangan yang ada di tingkat bawah, dan melawat bilik-bilik latihan penghuni di sini, kami kemudiannya di bawa keluar semula ke ruang yang pertama tadi....

Kami kemudiannya di bawa ke Spa dan Salun yang ada di sini... Pekerjanya adalah penghuni di sini yang diawasi oleh pegawai terlatih... Kebetulan ketika kami disini memang ada seorang pelanggan sedang diurut di spa dan 2 orang pelanggan sedang mencuci rambut di salun...

Dalam kawasan berpagar biasa ini ditempatkan Salun dan Spa, Mini Cafe dan Kedai Kain (Batik)

Bangunan setingkat bersebelahan Spa dan Salun pula menjual barangan batik... Kain pasang, baju kemeja, kaftan, baju kurung, dress, blouse, shawl dan macam-macam lagi barangan yang dihasilkan oleh penghuni di sini.... 

Pamplet untuk Salun dan Spa

Bersebelahan nya pula terdapat Mini Cafe yang menjual produk makanan beku jenama 'My Pride' yang juga boleh didapati di Pasaraya Mydin... Produk makanan di sini dihasilkan dengan jaminan kebersihan tahap tinggi... Penghuni perlu melalui beberapa suntikan dan sentiasa diawasi oleh pegawai agar kebersihan setiap produk terjamin.

Batik dan Songket

Ramai yang membeli macam-macam produk yang ada di sini... Moga ia mampu memberi sedikit sumbangan buat Penjara Malaysia...

Sepanjang lawatan ini aku melihat wajah-wajah mereka ceria melalui kehidupan sebagai penghuni tembok besi... Walaupun dalam hati mereka tiada siapa mampu menelah....

Mungkin mereka ini pernah melakukan kesalahan... Pernah tersilap langkah... Mereka telah menerima hukuman di dunia... Moga mereka diberi peluang untuk kembali ceria di luar sana suatu hari nanti... Moga segala yang mereka pelajari di sini mampu membantu mereka menjalani kehidupan di luar sana suatu hari nanti... InsyaAllah...

Bersama pegawai bertugas

Betapa bersyukurnya kita yang lepas bebas untuk ke mana-mana tanpa diawasi seperti mereka... Betapa bersyukurnya kita dilimpahi kebahagiaan bersama keluarga tercinta... Bersama saudara-mara dan sahabat handai....  

Allah... Allah... Allah... 
Sesungguhnya kami bersyukur dengan nikmat kurniaanMu... 

Ya Allah... Sesungguhnya kami memohon kepadaMu agar ditetapkan hati kami dalam Iman dan Islam... Tabahkan hati kami menempuh ujian dan dugaan hidup... Jauhkan kami dari segala kemungkaran, kemaksiatan dan pelanggaran undang-undang agama dan negara... 

Ya Allah... Kau limpahkan kepada kami warna-warna ceria kehidupan di dunia dan akhirah... Moga kami seisi keluarga ditempatkan di Taman FirdausiMu... Aamiin..

No comments: