Thursday, October 27, 2016

Doa & Ujian Sakit

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana ruang dan peluang bernafas di bumi yang indah ini... 

Alangkah Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak hikmah sakit daripada hanya satu sakit.  Tanpa kita sedar, tuhan sentiasa menguji kita. Nikmat sihat itu satu ujian meski kita tidak merasainya. Dan sakit itu satu ujian tanpa kita menyedarinya...

Kita hanya menyedari nikmat sihat ketika dilanda kesakitan...

Dilanda musibah kecil baru-baru ini membuatkan hati berkata-kata... baru tersedar nikmat sihat yang selama ini hilang dalam perasaan yang berbagai-bagai...

Melihatkan drama korea di kaca televisyen, hati berdoa agar  "dapat jadi seperti watak utama ini"

Lee Joon Gi (Scarlet Heart Ryeo)

Hasil nya, Allah uji dengan satu ujian kecil... Kecederaan mata akibat tercucuk besi ketika keluar bersama keluarga...

Alhamdulillah, mujur besi tersebut mempunyai penutup plastic jadi kecederaan tersebut kurang tahap kritikalnya... walaupun penutup plastic tersebut telah mencederakan mata... mengakibatkan kornea mata sedikit terkoyak hampir mengenai bintik hitam pada tengah anak mata... Ianya telah Allah takdirkan agar terjadi sekadar itu....

Allah... Allah... Allah... segala yang berlaku sekadarnya dan tidak terlalu kritikal... Alhamdulillah...




Merasakan bagai tiada yang serius, menjalani aktiviti seperti biasa... sehinggalah keesokan harinya... mata semakin membengkak dan terlalu sakit hinggakan tidak boleh dibuka... Rupanya aku bukanlah superwomen yang  cukup kuat untuk menghadapi dan menangani kesakitan ini....hmmmm

dah mula membengkak
Setelah pemeriksaan dan rawatan di klinik pakar mata, akhirnya.... begini lah rupa saya...



Ya Allah...  Bila ianya terjadi... baru aku terfikir akan doa itu... aku berdoa agar dapat jadi seperti hero itu... dan Allah makbulkan doa itu...  

Hero tu bertutup sebelah mata kerana melindungi kecatatan pada wajah hingga ke matanya akibat ditoreh oleh ibunya...

Doa dan lintasan hati yang tidak spesifik itu merupakan ujian untuk aku agaknya... Allah nak uji hati aku... Mungkin ketika berdoa, aku terlupa akan lintasan hati agar dapat jadi seperti hero tersebut iaitu diberikan keindahan dan kesempurnaan... dikurniakan wajah yang indah, kurus dan begitu menarik...

Selebihnya, Allah nak ajar hati supaya bersyukur dengan apa yang ada... redha dengan ketentuanNya...

Alhamdulillah...  disebalik ujian itu... Allah telah melapang waktu untuk aku terus bersama keluarga selama 2 hari lagi akibat kecederaan tersebut...

Dapat lah bermanja dan bermesra dengan yang disayangi... indahnya ujian ini... diberikan kesakitan lalu diberikan keindahan kasih sayang.... Ujian yang sedikit, dilimpahi rahmat yang melimpah.... Alhamdulillah...


Ya Allah sesungguhnya aku redha atas segala ujian ini... Allah tidak pernah membebani kita, menguji kita diluar kemampuan.... Moga hati ini terus kuat mengharungi kehidupan ini....

Moga ilmu yang diperoleh dari ujian sakit ini akan lebih menguatkan hati menuju cinta Illahi...

No comments: