Wednesday, October 21, 2015

PEERs Dihatiku....

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... syukur kepada Allah kerana melimpahkan kasih sayang dan rahmatNya kepada kita sepanjang kehidupan ini....

Alhamdulillah kerana dengan izinNya jua aku dapat bersama adik-adik PEERs untuk kali ini.... walaupun pada awalnya perlu melalui cabaran dan rintangan (mak aiiii macam nak kena seberang lautan tanpa kapal je bunyi nyer...) hahhaha

Memulai hari dengan tugasan biasa, tanggungjawab biasa kepada 'Geng Bas Sekolah' yang berkursus di Rawang, sebelum memulakan gerak langkah untuk bersama adik-adik PEERs di Kem Ar-Raudhah, Gombak.... Dalam perjalanan ke sana kereta buat hal pulak.... terpaksa berpatah balik untuk mendapatkan rawatan (hahahha cam bawa kreta p klinik je bunyi nya....rosak Bahasa gini...)

Kembali bergerak ke Kem Ar-Raudhah setelah kereta dipulihkan... singgah untuk mendapatkan sedikit buah tangan untuk adik-adik...

Walaupun Kursus Aspirasi PEERs ini sebenarnya berlangsung dari 16 -18 Oktober 2015... kekanda ini hanya mampu menyertainya pada 17 Oktober 2015 sahaja.... itu pun dari jam 1:30 - 4:00 petang... Niat di hati nak juga merasai pengalaman bersama adik-adik hingga ke penghujung program. Namun apakan daya, ada tanggungjawab lain yang juga perlu diberikan perhatian....

Semoga dengan izin Allah... ada ruang dan peluang lagi untuk menyertai program-program PEERs di masa akan datang...

Jom berkongsi keindahan adik-adik PEERs dalam program Kem Aspirasi PEERs ini... terima kasih kepada jurugambar yang hebat kerana berkongsi gambar....

abang-abang senior... dah jadi senior ye 

kakak-kakak senior... hahaha

peserta kem

Peserta wanita....

ceramah STPM ke MUET ntah... hahhaha

apa yang penting...KERJASAMA

menjayakan setiap aktiviti bersama

akak-akak tumpeng gelak skit....

group of senior katanya

kumpulan paling lorat....

aktiviti kumpulan.... sebelum persembahan

Moh kite ke hutan...

Buluh nak buat lemang raya ke akakkkkkk....

mereka ini kah yang menyebabkan jerebu...? hahahhaha

mujur menyala... hmmmm

acara main masak-masak

moh kite bako....hahhaha

Keindahan alam semula jadi...

Semoga segala ilmu yang diperoleh dalam Kursus ini membawa manfaat kepada semua dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling....

Semoga keluarga PEERs yang semakin berkembang ini terus CEMERLANG....

PEERs.... WE LOVE... TOGETHER WE UNITE...


Thursday, October 15, 2015

Saya di sana sini...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah diberikan kesempatan bersama lagi... Semoga setiap hari yang diberi ruang dan peluang ini menambah kerahmatan hidup.... InsyaAllah...

Lebih 2 minggu tidak sempat menjengah ke ruangan ini... Tiada kisah baru, cuma kehidupan biasa-biasa saja... Dengan sedikit kesibukan di sana sini yang menceriakan suasana.... Mewarnai kehidupan dengan penuh makna... 

Antara warna-warna ceria, suka dan duka... 

My hometown.... Raya Qurban
24 September 2015
Menikmati keindahan senja

Bulan mengantikan matahari

Melayan anak2 berhibur

Back to town... 
27 September 2015
jom kongsi kenderaan...meriah suasana

Tugas menanti dengan senyuman... 😜
Welcome to Ipoh katanya... 
Penerangan Dasar2 Kerajaan KPM (29 September 2015)

Menunggu giliran bertugas

My bos beraksi

Jom ke Melaka Bandaraya bersejarah... 
Selamat datang jerebu... Huhuhu
MUET Revision Meeting (1-4 Oktober 2015)

Our meeting room

my best friend

Terpaksa berlari d petang hari menziarahi pakcik yang dimasukkan ke icu Mahkota Medical Centre.... Dengan debaran di hati dan doa moga pakcikku dipinjamkan Allah kesihatan yang baik... 

Alhamdulillah... Pakcik dah beransur pulih dan dibenarkan pulang ke rumah... Walaupun belum sihat sepenuhnya... Terima kasih Allah...

sepanjang jalan Dataran pahlawan... sight seeing from my room

geng jalan2 ke Jonker Walk

jerebu semakin teruk di Melaka


Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat MPM dan Perasmian Antologi Puisi MPM...
7 Oktober 2015

sekadar mencuba

Bersama anak-anak Felda @ Menara Felda (15 Oktober 2015)

Bangunan yang indah... Dihiasi candeliar mewah... Allah Allah Allah.... Alhamdulillah dipinjamkan masa oleh Allah untuk pengalaman ini.... 

arca di antara Menara Felda dan Menara Naza (kalau tak silap)...

cantik dewan ni... lampu boleh berubah warna.... kagum akakkkk...hahhaha

Penceramah dari MPM: Puan Mazlina Mohamad Aris

di sini....

Terima kasih Felda...

menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan...

Moga adik-adik ini menggunakan ruang dan peluang yang diberikan dengan penuh makna... Moga kejayaan mengiringi anda semua...

Alhamdulillah... Diberikan Allah untuk aku menikmati dan mengutip ilmu di sepanjang perjalanan hidup ini... Moga ianya membawa manfaat kepadaku dan memberi manfaat kepada mereka juga... 

Mungkin perjalanan hidup kita berbeza, namun setiap satu yang berlaku ada keistimewaannya di sisi kita dan di sisiNya... 

Moga setiap yang berlaku itu membawa kita menuju syurga Nya... InsyaAllah...

Monday, September 21, 2015

Wayang Kulit Kelantan dan Edo Ito Ayatsuri Ningyo (Jepun)

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah diberikan ruang dan peluang menikmati satu lagi hasil seni Melayu yang digandingkan bersama seni luar negara... 

19 September 2015....
Wayang Kulit Kelantan dan Edo Ito Ayatsuri Ningyo (Jepun)

Sejarah hidup dilakar dengan satu lagi lakaran seni.... "Seni mampu melembutkan hati".

Poster persembahan


Indah... Menarik... Lucu... 
Dicantum bersama menjadi resepi yang enak untuk penglihatan dan pendengaran. Keselarasan muzik tradisional Melayu yang unik bersama alunan Shamisen iaitu alat muzik tradisional Jepun yang lembut menjadikan ia bertambah indah...

Ketibaan di Kompleks Kraf Jalan Conlay

Pelancong pun minat menyaksikan persembahan wayang Kulit ini..

Mereka juga penghibur...

Inilah wajah Tok Dalang

Peniup nafiri yang hebat...

Bermulanya persembahan

Putera Mahkota dan Pengasuh2...

Puteri Jepun

antara aksi tuan puteri
Wayang Kulit Kelantan menggunakan kawalan gerak tangan dengan karakter yang diperbuat daripada belulang serta cahaya dan bayang di sebalik kelir. Edo Ito Ayatsuri Ningyo pula menampilkan pergerakan manusia dengan menggunakan boneka yang lengkap berbusana tradisional Jepun. Ia dimainkan dengan menggunakan tali halus untuk menggambarkan penceritaannya.

Pertembungan 2 Negara dan 2 Budaya atas pentas yang sama... terbaik

Indahnya alunan muzik dari Jepun ini

Hebat nya dia menggerakkan watak puteri... tahniah
Melalui pementasan ini, penonton akan disajikan dengan penceritaan jalan cerita yang unik berdasarkan kisah Dua Hikayat Seri Rama, yang menemukan watak utama Raden Lakjuna dan Puteri Jepun. Dalam persembahan ini, Wayang Kulit Kelantan disampaikan dalam bahasa Melayu (dengan dialek Kelantan) dan beraksi di sebalik kelir, manakala Edo Ito Ayatsuri Ningyo dimainkan oleh pemain yang didatangkan khas dari Jepun di hadapan kelir dengan menggunakan bahasa Jepun. Gabungan ini akan dipimpin oleh Roslan Harun, Tok Dalang Wayang Kulit Kelantan dari Istana Budaya serta pemain wayang tradisi Jepun, Shiokawa Kyoko

Ia juga menjadi simbol bahawa dua negara ini bukan sahaja terjalin melalui ekonomi, malah juga kukuh dalam aspek seni budaya serta sastera.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Institut Terjemahan Bahasa Malaysia (ITBM) atas kesudian menjemput warga Majlis Peperiksaan Malaysia bagi menyaksikan kehebatan seni yang diterjemahkan di pentas Panggung Sari, Kompleks Kraf Jalan Conlay ini. 


Saturday, September 19, 2015

Farewell kecil-kecilan

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.... Diberikan peluang menikmati keindahan demi keindahan sementara masih bernafas di bumi Allah yang indah ini....

18 September 2015

Kali ini... Kembara ini menjejakkan kaki ke Flora Cafe Ampwalk, Jalan Ampang untuk meraikan persaraan Timbalan Ketua Eksekutif MPM, Cik Toh Kim Eng pada 24 Disember 2015. Hujung tahun sebenarnya tarikh persaraan tu... Tapi disebabkan beliau mempunyai cuti terkumpul lebih 70 hari, jadi beliau akan mula bercuti pada 23 September 2015.

Kesempatan yang ada ni, kami (4 orang PA dan 2 org pegawai) nak belanja bos makan-makan secara kecilan ler ni, meraikan persaraan beliau....

Disebabkan semuanya wanita, di hari jumaat yang indah permai, waktu rehat solat jumaat yang panjang, kami memilih Flora Cafe sebagai tempat untuk menambah detik kenangan bersama... 

Dipenuhi bunga Memang la sesuai dengan wanita.... Makanan nya pun sedap... Kami booked lunch untuk 8 orang buffet... Kebetulan memang tengah offer buffet untuk hari Jumaat hanya RM27 sahaja....

Selesai makan, kami bergambar sebagai kenangan di sini....

Bersama yang diraikan, Cik Toh Kim Eng

Senyum sikit...

Cik Toh Kim Eng, Timbalan Ketua Eksekutif 2 MPM


Makan-makan

Bergambar kenangan

K.A.M.I.

dihadapan Flora Cafe
Offer menarik

Belon penuh kereta...

Bila pulak nak datang lagi...?

Entah bila lagi akan ke sini.... Hmmmm

Terima kasih kepada semua yang berusaha merealisasikan acara santai bersama ini. Terima kasih kepada semua atas satu lagi kenangan hidup.

Moga Allah eratkan silaturrahim antara kita hingga ke Jannah. Aamiin.

Thursday, September 17, 2015

Lawatan ke Penjara Kajang

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur kepada Allah diberikan ruang dan peluang untuk menikmati hari-hari indah di bumi bertuah milikNya...

Hari ini, saya meneruskan kembara ini.... mengutip satu lagi pengalaman hidup.... Moga ianya bermanfaat kepada saya dan rakan-rakan juga...

Melawat ke Penjara Wanita Kajang, anjuran PUSPANITA KPM merupakan pengalaman yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit... 

Seawal pagi dalam rintik hujan dari Bandar Baru Selayang, meredah kesesakan lalulintas ke Putrajaya tidak lah sia-sia... Dari Putrajaya kami bersama-sama menaiki bas yang disediakan menuju ke Penjara Kajang... Perjalanan nya kurang dr 30 minit... Rasa tak sabar nak menimba ilmu dan pengalaman di sana...

Perjalanan dari Putrajaya ke Penjara Kajang

Setibanya di hadapan bangunan bertembok tinggi dihiasi kawad berduri dan diawasi ramai pegawai terlatih... Hati tiba-tiba dipalu rasa bimbang, takut, seram dan bermacam perasaan bercampur baur... Ya Allah bagaimana mereka yang menghuni di dalam nya ini... 

dah sampai...

Pintu Pertama untuk masuk ke Penjara Wanita Kajang

Doa kupanjatkan agar semua ahli rombongan berada dalam kesejahteraan sepanjang acara....

Menjejakkan kaki ke dalam ruang pertama, kami diperiksa agar tidak membawa sebarang peralatan hatta beg duit dan telefon bimbit pun terpaksa ditinggalkan di luar... Cuma masuk membawa diri sahaja... Diberi sedikit taklimat berkenaan apa yg boleh buat dan apa yang dilarang... Sebelum dibawa masuk ke ruang lain pula...

Ruang kedua ini baru lah memasuki Penjara Wanita Kajang... Bersebelahannya menempatkan banduan lelaki bahagian rawatan & pemulihan dadah... Ruang hadapan Penjara Wanita ini terdapat pejabat, tempat dokumentasi & pemeriksaan banduan yang baru dimasukkan ke sini... 

Memasuki satu lagi pagar... Tiba lah kami ke ruang kerja atau dipanggil bengkel kerja... Ruangan pertama menempatkan bengkel Batik... Di sini penghuni di sini diajar menghasilkan batik... Cantik-cantik batik yang dihasilkan di sini dengan kualiti bahan yang baik... Mereka juga sedang menyiapkan batik untuk pertunjukan peragaan Oktober ini kata pegawai tang membawa kami tadi... Hebatkan...?

Di sebelah belakang bengkel ini merupakan dapur bagi penghuni di sini memasak makanan yang akan dimakan oleh mereka dan rakan-rakan mereka di sini... 

Memasuki bangunan 2 tingkat... Kami diminta untuk naik ke tingkat dua untuk ke bengkel jahitan dimana penghuni di sini sedang menjahit pakaian yang ditempah oleh pegawai di situ ataupun orang luar, pakaian yang akan hasilkan untuk dijual kepada pelawat, menjahit manik pada pakaian, menghasilkan sulaman dan semua aktiviti berkenaan jahitan dilakukan di sini...

Di bilik bersebelahan kami di bawa untuk menyaksikan bagaimana para penghuni menghasilkan kraftangan... Dan kebetulan mereka sedang menyiapkan tempahan 'door gift' untuk majlis perkahwinan anak VIP... Memang hasil tangan mereka amat berkualiti dan cantik... 

Di bilik sebelahnya merupakan bilik untuk penghasilan produk makanan seperti kek, biskut, makanan beku (frozen food) dan pelbagai jenis makanan lagi... 

Lawatan yang sepatutnya diteruskan dengan melawat taska tidak dapat diteruskan kerana taska penjara masih bercuti pada hari ini... Bukan rezeki kami untuk bertemu anak2 comel yang menghuni di sini nampaknya...

Selepas diberikan sedikit ruang untuk menyaksikan barangan yang ada di tingkat bawah, dan melawat bilik-bilik latihan penghuni di sini, kami kemudiannya di bawa keluar semula ke ruang yang pertama tadi....

Kami kemudiannya di bawa ke Spa dan Salun yang ada di sini... Pekerjanya adalah penghuni di sini yang diawasi oleh pegawai terlatih... Kebetulan ketika kami disini memang ada seorang pelanggan sedang diurut di spa dan 2 orang pelanggan sedang mencuci rambut di salun...

Dalam kawasan berpagar biasa ini ditempatkan Salun dan Spa, Mini Cafe dan Kedai Kain (Batik)

Bangunan setingkat bersebelahan Spa dan Salun pula menjual barangan batik... Kain pasang, baju kemeja, kaftan, baju kurung, dress, blouse, shawl dan macam-macam lagi barangan yang dihasilkan oleh penghuni di sini.... 

Pamplet untuk Salun dan Spa

Bersebelahan nya pula terdapat Mini Cafe yang menjual produk makanan beku jenama 'My Pride' yang juga boleh didapati di Pasaraya Mydin... Produk makanan di sini dihasilkan dengan jaminan kebersihan tahap tinggi... Penghuni perlu melalui beberapa suntikan dan sentiasa diawasi oleh pegawai agar kebersihan setiap produk terjamin.

Batik dan Songket

Ramai yang membeli macam-macam produk yang ada di sini... Moga ia mampu memberi sedikit sumbangan buat Penjara Malaysia...

Sepanjang lawatan ini aku melihat wajah-wajah mereka ceria melalui kehidupan sebagai penghuni tembok besi... Walaupun dalam hati mereka tiada siapa mampu menelah....

Mungkin mereka ini pernah melakukan kesalahan... Pernah tersilap langkah... Mereka telah menerima hukuman di dunia... Moga mereka diberi peluang untuk kembali ceria di luar sana suatu hari nanti... Moga segala yang mereka pelajari di sini mampu membantu mereka menjalani kehidupan di luar sana suatu hari nanti... InsyaAllah...

Bersama pegawai bertugas

Betapa bersyukurnya kita yang lepas bebas untuk ke mana-mana tanpa diawasi seperti mereka... Betapa bersyukurnya kita dilimpahi kebahagiaan bersama keluarga tercinta... Bersama saudara-mara dan sahabat handai....  

Allah... Allah... Allah... 
Sesungguhnya kami bersyukur dengan nikmat kurniaanMu... 

Ya Allah... Sesungguhnya kami memohon kepadaMu agar ditetapkan hati kami dalam Iman dan Islam... Tabahkan hati kami menempuh ujian dan dugaan hidup... Jauhkan kami dari segala kemungkaran, kemaksiatan dan pelanggaran undang-undang agama dan negara... 

Ya Allah... Kau limpahkan kepada kami warna-warna ceria kehidupan di dunia dan akhirah... Moga kami seisi keluarga ditempatkan di Taman FirdausiMu... Aamiin..