Tuesday, August 9, 2011

"TENANGLAH DUHAI HATI"

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini dah masuk hari ke-9 kita berpuasa.... sambil-sambil melayari website JAIS, menyemak premis halal (hotel dan kedai2) macam la nak p berbuka kat luar lagaknya...hehehe... Bukan lah itu niatnya, cuma bila rakan-rakan bercerita tentang isu kedai makan halal ni teragak nak check.... takut juga kalau termakan di kedai yang meragukan.... 

Asyik jalan-jalan kat website JAIS tu, terbaca pula satu artikel yang menarik di hati.... terasa nak kongsi dengan kawan-kawan kat sini..... Jom kita kongsi sama-sama artikel hasil tulisan Nurizzati bt Mohd Alip, Unit Penerbitan Bahagian Dakwah JAIS....

TENANGLAH DUHAI HATI

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak. Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?
Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda.

Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

Tuesday, August 2, 2011

LEGGING.... Adakah sesuai untuk umat ISLAM...??

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Berblogwalking tadi terjumpa pula satu blog dan artikel yang mengadakan "kempen membantah pemakaian legging di kalangan wanita Islam" 

Hari ini di mana saja kita pergi pasti kita terlihat orang memakai legging....Makcik jual nasi lemak pakai legging, Muslimah pakai legging bersama tudung..... Artis Melayu pakai tudung dalam TV pun pakai legging.... Ibu dan anak perempuan sama-sama pakai legging pergi shopping. Gadis salun Muslimah pakai legging keluar masuk kedai...... Butik Muslimah pamer patung pakai tudung dan legging...... Beli juadah berbuka di bulan Ramadhan pun pakai legging ketat juga. Apakah perasaan anda bila melihat fenomena ini ?

sabda Rasulullah s.a.w. :

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori) 


Tidak semua orang 'makan' nasihat. Maksudnya, ramai wanita Islam pemakai legging di luar sana adalah kategori tidak peduli, degil dan obses fesyen. Adakah mereka akan kisah dengan nasihat-nasihat dilambakkan kepada mereka ? Jika nasihat baik-baik berkesan, kenapa trend ini semakin menjadi-jadi ? 

Jom kita tengok antara yang terkandung di dalam blog tersebut:






Berpakaian tidak menepati kehendak agama adalah maksiat atau dosa.......

Secara mudahnya berpakaian hendaklah menutup aurat sebagaimana ketetapan agama, memenuhi konsep menutup aurat seperti tidak terlalu menampakkan bentuk anggota badan, terlalu ketat, terlalu nipis dan sebagainya di tempat awam. Rekaan pakaian dan fesyen semasa tidak ada masalah padanya jika dipakai ditempat yang sepatutnya, malah seorang isteri boleh berbikini bersama suaminya dalam rumah. Bikini tidak salah dan tidak barat, legging tidak salah dan tidak budaya barat. ianya cuma bentuk pakaian. Apa yang salah ialah pemakaian ditempat awam, tempat terbuka dan ketika bersama yang bukan muhrim.



Orang Barat yang kafir tu pun sedar LEGGINGS tu lucah..
LEGGINGS itu menjatuhkan maruah perempuan..
kenapa tidak di Malaysia?

 Apa pendapat Anda semua...???

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia..... semoga kehadiran bulan barakah ini membawa berjuta keindahan kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia....
Jom kita semak apakah kelebihan Ramadhan ini.....

KELEBIHAN RAMADHAN 
 
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 


1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 


2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 


3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 


4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (Islam). -Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 


5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- 


PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. 


2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya. 


3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. 


4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat. 


5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. 


6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924. 


7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak. 


8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja. 


9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi. 


10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.


11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Wallahualam...

Selamat Berpuasa....

Tuesday, July 26, 2011

Ibu yang lebih kuat daripada seribu lelaki...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Berblogwalking menemukan saya dengan satu kisah yang menarik ini.... kisah kehebatan seorang Ibu....dipetik dari blog qudwah qobla dakwah di  http://nantikanperubahanku.blogspot.com 
 
Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya.

Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”“Ya,” jawab anak itu singkat.” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustazAnak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)“Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar.

Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?”Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah-surah yang lebih panjang.“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan.

Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”“Ya,” jawabnya dengan jujur.Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, “Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai.Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki.

Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu.

Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa.

Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang – orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.

Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).Perempuan yang dikenalkan kepada kita dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak.

Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar.

Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.

Ya, wanita itu istimewa.

Friday, July 22, 2011

Gubahan... Hadiah Persaraan Timbalan Ketua Eksekutif MPM.....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Setelah beberapa minggu sibuk menguruskan macam2 hal.... Akhirnya selesai juga segalanya.... 

Tekun tak...?? Bukan senang nak buat sampin dijadikan tengkolok.... jenuhhhhh
Jeng.. jeng... jeng.... dah jadiiii... legaaaaaaa
Ada ka depa ni soh minah yg keras tangan ni wat kraftangan.... adoiiiiii

dah siap hias.... golap ler pulak tak cukup pencahayaan akibat nak jimat letrik...hehehe
satu lagi hadiah... Al-Quran Digital...
Ada banyak lagi hadiah yang telah diberikan sebagai tanda ingatan & kenangan, tanda kasih sayang selama bekerjasama selama ini..... Lain2 gambo tak sempat nak upload ke dalam PC lagi..... terima je lah seadanya...hehehehe

Next.... apa lagi yek.... ooooo janji nak masukkan video clip hari tu kan.... ni ler video nyer.... versi blog.... versi MPM telah dipendekkan lagi supaya dapat mempercepatkan acara2 lain.... selamat menonton....



Seloka Sempena Persaraan Timbalan Ketua Eksekutif MPM....


Awal Bismillah pembuka kata
Assalamualaikum pemula bicara
Hari ini kita berseloka
Meraikan tuan TKE1 kita

Ahmad Tajudin empunya diri
Lemah lembut berbudi tinggi
Rajin bekerja, jarang bercuti
Tentu beliau berdedikasi tinggi

Berlari-lari pergi  ke mesyuarat
Masa digunakan penuh hemat
Menjalankan tugas penuh semangat
Tuan memang kami hormat

Melihat orangnya memang tak sangka
Dah pencen rupanya dia
Masih segak lagi bergaya
Perkhidmatannya cekap lagi saksama

Sukar mendengar beliau bersuara
Kecuali jika ada urusan kerja
Gayanya relaks lagi selamba
Kerja dijalankan pastikan sempurna

Menggantikan KE ke sana sini
Jalankan tugas seikhlas hati
Kredibiliti tinggi terpatri dihati
Membantu MPM ke puncak tertinggi

Tuan TKE1 yang budiman
Kelihatannya tuan sentiasa tenang
Jasa baktimu kami kenang
Menjadi ingatan sepanjang zaman

Goresan ini terpaksa di henti
Banyak berkisah makin sedih hati
Melihat tuan meninggalkan kami
Pedih terasa di lubuk hati

Walau pun kita terpisah kini
Jangan dilupakan kami di sini
Pergimu tuan hilanglah seri
Tak dapat diganti dihati kami

Sekian dulu seloka kami
Salah dan silap mohon dimaafi
Kepada tuan yang kami hormati
Semoga hidupmu Allah berkati.

Thursday, July 14, 2011

Jalan2 ke Ho Chi Minh, Vietnam....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani~
Assalamualaikum w.b.t.
Di LCCT before boarding...
Alhamdulillah... Selamat tiba di Vietnam

Tiba di Vietnam Airport...
Check in Hotel... Blue Diamond Hotel
Makan dulu...
Berseri sikit muka dapat makan...hehehe
Tempat soping... Ben Thanh Market
Kedai Souvenir...

tumpang ambik gambo je... tak beli punnn

kira je lebih...belinya tidak jugakkkkk

Beli ke tidak pun tak tau ler....bergambo je lebihnya...

Antara kedai di dalam Ben Thanh Market...

Menunggu rakan2 lain sebelum bergerak menjalankan aktiviti...
sempat lagi posing...



Perkarangan Masjid

Masjid yang bersih lagi tenang...

tingkat teratas rumah Presiden...

Rumah Presiden
pemandangan luar kawasan rumah Presiden....

Check in...

@ Airport.... nak balik dah ni

sebelum kembali ke Malaysia....