Tuesday, August 3, 2010

Sempena Seminar Hak-Hak Wanita Dalam Islam di PWTC anjuran SENADA

Assalamualaikum....
Alahamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinnya dapat menghirup udara segar di bumi ini lagi....

Sempena menghadiri Seminar Hak-Hak Wanita Dalam Islam.... boleh la saya berkongsi sedikit ilmu yang diperoleh tadi.....

Sesungguh Islam menempatkan wanita pada posisi yg tinggi dan menyamai kedudukan lelaki. Namun dlm beberapa hal ada yg harus berbeza krn lelaki dan wanita hakikat adalah makhluk yg berbeza. Kesalahan dlm memahami ajaran yg benar inilah yg menjadikan Islam kerap dituding sebagai agama yg menempatkan wanita sebagai “warga kelas dua” pada anggapan musuh Islam. Benarkah?

Sudah tentu tidak.....

Perbincangan mengenai hak-hak wanita Islam dari sudut undang-undang kekeluargaan tidak pernah surut dalam mana-mana forum masyarakat sama ada formal ataupun tidak formal. Secara ringkasnya, hak-hak wanita Islam merangkumi hak-hak sebelum dan semasa perkahwinan, serta selepas perpisahan dengan pasangan sama ada bercerai hidup atau disebabkan kematian pasangan. Dan isu yang paling besar berbangkit adalah yang merujuk kepada hak-hak sebagai isteri, walaupun hak-hak tersebut turut merangkumi tanggungjawab seorang bapa kepada anak perempuannya ataupun anak lelaki kepada ibunya.

Sasaran sebenar kepada perbincangan yang menjurus kepada soal perlindungan atau pemerkasaan hak-hak wanita Islam ialah kaum lelaki sama ada bapa ataupun suami. Jika kaum Adam bersikap amanah, memahami tanggungjawabnya dan melaksanakannya dengan baik dan sempurna, maka sudah tentu tidak akan terbangkit soal "memperkasa" atau "memperjuangkan" hak-hak wanita Islam.

Apabila kaum lelaki yang ditugaskan oleh Allah SWT gagal untuk menunaikan hak-hak berkenaan, maka di sinilah ruang bagi pihak-pihak tertentu untuk mengambil tempat dan memainkan peranan agar wanita yang memerlukan pembelaan ini dibantu. Bantuan dan sokongan ini diberi supaya hak wanita yang dinafikan ini terbela; mereka dapat menjalankan kehidupan seperti biasa dan kesejahteraan negara dapat dikekalkan.

Pemerkasaan hak-hak wanita Islam itu perlu bermula pada diri wanita itu sendiri. Wanita Islam seharusnya mempunyai pengetahuan dan kefahaman asas yang sempurna tentang tujuan perkahwinan dan hak serta tanggungjawab suami isteri. Melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna adalah syarat wanita berkenaan mempunyai kelayakan untuk menuntut haknya. Walau bagaimanapun sekiranya ia enggan untuk melaksanakan tanggungjawabnya maka, ia perlu bersikap adil terhadap pasangan dan dirinya sendiri. Setiap permasalahan yang berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan, mempunyai jalan keluar dan penyelesaian yang tertentu.

Hukum-hakam yang difahami perlu disertai dengan kefahaman bahawa hak-hak wanita Islam di Malaysia dilindungi oleh Undang-undang Keluarga Islam menurut negeri mereka bermastautin. Ini perkara asas yang perlu ada bagi setiap wanita Islam di Malaysia. Kefahaman yang ada juga perlu digabungkan dengan memiliki inisiatif untuk mencari tempat yang tepat sekiranya mereka mengalami sebarang masalah yang berkaitan dengan rumah tangga.

Usaha pemerkasaan ini memerlukan sinergi daripada pihak-pihak tertentu bagi memastikan hak-hak wanita Islam dapat dibela sementelah hak mereka dinafikan oleh pasangan ataupun pihak-pihak lain yang terlibat dalam konflik kekeluargaan. Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri dan undang-undang lain seperti Akta Keganasan Rumah tangga seharusnya mempunyai keupayaan untuk mengurus sebarang pertikaian yang dibawa ke Mahkamah Syariah. Semakan dan pembaharuan terhadap apa-apa juga undang-undang yang berkaitan perlu dilakukan dari semasa ke semasa supaya ia sentiasa bersedia untuk menangani sebarang permasalahan baharu disebabkan perubahan-perubahan yang berlaku. Peruntukan-peruntukan umum yang digunakan bagi menyelesaikan isu-isu yang sudah sering kali dibawa ke hadapan hakim seharusnya diperkemas dan dipinda supaya undang-undang bersifat lebih efektif.

Terima kasih kepada..... SENADA di atas jemputan ke seminar ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Puan Harlina dengan perkongsian ilmu bertajuk Wanita dan Undang-undang: Apa Hak Kita.... Encik Kamal Afandi bin Hashim di atas ceramah yang menghiburkan dan penuh informasi tentang jenayah dan tindakan bijak wanita mengelak menjadi statistik baru dalam kes jenayah.... Thanks to Siti Shamsiah Binti Md Supi atas artikel yang dapat menambah ilmu pemerkasaan wanita dalam Utusan Malaysia....dan semua ahli panel yang berkongsi ilmu dalam program ini.....

Semoga semua Wanita memahami dan tahu hak-hak masing2..... dan tidak lagi menjadi mangsa keadaan kerana lorong-lorong indah ciptaan Allah ini akan sepi dan sunyi tanpa bunga-bunga yang indah lagi harum yang bernama WANITA yang perkasa.....

Semoga Allah memberkati dan melimpahkan kesejahteraan kepada semua WANITA....

No comments: