Tuesday, January 11, 2011

Angka yang menarik....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Secara peribadinya tidak ada apa yang menarik pun berlaku pada hari ini... tapi mungkin membawa beribu erti bagi orang lain tapi tarikh hari ni menarik kan....??? 11.1.11....cantik je... nanti nak tunggu 11.11.11 (Jumaat) atau 20.11.2011 (Ahad)... wahhhh menarik.... tentu banyak terima jemputan pada 2 tarikh tersebut disebabkan hari hujung minggu dan angka tu menarik... dan tersusun cantikkkkkkkk....
Mujur jugak hari ini merupakan hari bekerja... kalau tidak tentu hari ini juga akan menjadi hari yang sibuk untuk tok kadi sekalian...hehehe

Mengapa tarikh-tarikh yang dikatakan mempunyai angka-angka menarik ini menjadi pilihan seseorang untuk mengadakan majlis atau acara-acara tertentu....? Ada yang mengatakan kerana ianya mudah untuk diingati, dikenang agar sentiasa terpahat di ingatan.... Ada pula yang suka memilih tarikh berdasarkan angka yang membawa tuah.... Apa jugak kena mengena tarikh dan tuah ni...??? hmmmmmm
Apa pun, menurut perspektif Islam, tiada hari atau nombor dianggap bertuah atau sial sebaliknya semua dianggap sama sahaja. 

Petikan di bawah merupakan satu artikel yang juga bercerita tentang tarikh dan angka ni.... Dipetik dari sumber http://www.makbudak.com....  Jom kita baca....

Memilih tarikh dan angka tertentu dalam masyarakat di negara ini sebenarnya sudah berakar umbi sejak dulu kala lagi...dalam soal penentuan tarikh pernikahan misalnya, masyarakat dulu akan melakukan upacara merasi yang menggabungkan kiraan nama kedua-dua mempelai dan hasil dari kiraan itu akan disesuaikan dengan tarikh dan bulan Islam.

Hari ini masyarakat lebih cenderung ke arah mengabadikan tarikh yang istimewa supaya peristiwa berkenaan mudah diingati serta terpahat di sanubari...

Masyarakat Muslim bukanlah golongan numerolog yang amat taksub dengan angka. Meskipun, tidak dinafikan banyak perkara dalam Islam dikaitkan dengan permainan angka seperti yang dirungkai oleh Dr Rashad Khalifa menerusi teori Kod 19 yang beliau garap dalam tulisannya, “Miracle Of The Quran: Significance of the Mysterious Alphabets...

Ramai ulama tidak bersetuju dengan teori itu kerana Islam bukanlah agama yang berfalsafah dengan angka, untung nasib kita juga tiada kaitan dengan angka yang ada dalam kehidupan kita..

Jangan terperangkap dengan falsafah serta pengaruh asing yang tidak bertunjangkan dalil, khususnya dalam hal berkaitan Islam. Kalau pun ia betul, bukannya kerana memang betul tetapi cuma kebetulan sahaja .. 

Mengikut Rasulullah, ada hari paling baik antara kesemua hari dan ada bulan paling baik antara semua bulan. 

Contohnya, bulan Ramadan dan juga hari Jumaat sebagai mana sabdanya: 

"Hari terbaik di mana matahari naik adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam dijadikan, dan pada hari itu dia telah masuk Syurga dan pada hari itu dia dikeluarkan darinya” (riwayat Muslim, al-Jumu'ah, 1410).


Jangan terikut-ikut dengan kepercayaan agama lain kononnya angka tertentu membawa malang seperti 4, 13 dan 666. Jangan sampai, ada yang mengelakkan tarikh 13.13.13 (erkkkk ada ke tarikh ni…????) kerana takut ditimpa malang. Juga janganlah memilih 14 Februari kononnya, mengambil sempena Hari Kasih Sayang. 
 Ini bukan legasi fahaman Islam. 


Semoga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kita bersama......

No comments: