Monday, January 3, 2011

SIPENCURI KURMA

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Kisah ini di emailkan oleh seorang rakan untuk berkongsi ilmu..... semoga kita mendapat manfaat daripada kisah ini...

Mengenai bomoh atau bahasa seberang dipanggil dukun telah saya alami sendiri...pengelaman saya disebuah pulau di Riau Indonesia beberapa tahun lepas menyaksikan masyarakat setempat bergitu taksub dan percaya dengan kebolehan bomoh tersebut,...apa lagi ia seorang pemuka masyarakat,dan seorang guru agama yg berilmu tinggi....yg menjadi kemuskilan saya,bagaimana seorang guru agama boleh mengamalkan ilmu perdukunan dan menjadi keyakinan masyarakat tempatan.....pernah kami bertukar2 pandangan tentang hukum2 mengamalkan ilmu tersebut...alasan yg diberikan memang masuk akal,kerana ia mengunakan ayat2 quran dan memulakan dengan sembahyang sunat 2 rakaat.....setelah itu ia akan menukar pakayanya serba puteh,kerana upacara akan dimulakan dengan memanggil makhluk ghaib yg bernama Tok Puteh.....

Setelah Tok Puteh telah masuk dalam badan beliau,maka berubahlah suaranya dan tingkah laku guru tersebut,disinilah bermula orang yg datang untuk berubat atau ada apa2 masallah akan dikemukan kepada jurubahasa Tok Puteh....


Ustaz Abu Basyer
Terima kasih Ust Mohiyeddin kerana memberi perkongsian yg baik mengenai amalan bomoh yg ust sendiri menyaksikan perbuatan mereka di Indonesia.
Jika kita terkeliru dengan sesorang dukun atau bomoh, kita akan terpisung dan menguggat akan iman kita....terpulanglah kepada kita untuk menilai dan menjatuhkan hukum adakah syirik atau berdosa jika kita mengunakan khidmat dukun untuk meyelesaikan masallah yg kita hadapi......Jika tok bomoh yg ust jumpa itu gunakan tok puteh dan tok puteh menyerap masuk kebadannya adalah jin kafir/ syaitan/ iblis dan sahih bahawa amalan tersebut adalah amalan yang syirik.
 

Berikut saya paparkan kisah Pencuri Kurma:

Pada suatu hari Abu Hurairah telah diserahkan tugas oleh Nabi s.a.w untuk menjaga kurma orang berzakat pada bulan Ramadhan. Tiba-tiba datang seorang tua lalu terus mengambil buah kurma lalu terus dimakannya. Abu Hurairah terus menangkap orang tua itu lalu dibawa mengadap Rasulullah.
Tetapi orang tua itu mengeluh dan minta dikasihani seraya berkata : "Aku adalah orang yang sangat miskin lagi banyak anak, kerana itu aku sangat memerlukan makanan ini, anakku menangis dirumah kerana perutnya lapar."
Mendengar kata-kata orang tua itu, Abu Hurairah berasa terharu dan akhirnya dia melepaskan orang tua itu. Keesokan pagi Abu Hurairah telah ditanya oleh Nabi s.a.w. :"Apakah yang telah dilakukan oleh tawananmu semalam?"
Maka Abu Hurairah menjawab, "Dia aku lepaskan kerana mengeluh sebab anaknya dirumah sedang menunggu makanan darinya."
"Nanti, malam ini dia akan datang lagi." kata Rasulullah.
Mendengarkan kata-kata Rasulullah itu maka Abu Hurairah pun berjaga malam itu dengan bersungguh-sungguh. Pada malam itu orang tua itu datang lagi dan mengambil kurma dengan kedua belah tangannya.  Maka Abu Hurairah pun segera menangkapnya dan kemudian membawanya mengadap Rasulullah, tetapi dia minta maaf dan benar-benar memerlukan makanan itu untuk keluarganya, bahkan dia berjanji tidak akan kembali lagi.
Abu Hurairah berasa kasihan terhadap orang tua itu dan akhirnya dia pun dilepaskan semula .Keesokan harinya Abu Hurairah ditanya kembali oleh Rasulullah :
"Hai Abu Hurairah, apakah engkau lakukan terhadap tawananmu semalam?"
Abu Hurairah menjawab :"Dia ku lepasakan kerana benar-benar memerlukan makanan dan benar-benar miskin. Lagi pun dia sangat berhajat kepada makanan itu untuk keluarganya yang lapar. Dia berjanji tidak akan kembali lagi."
Rasulullah berkata, "Dia berdusta, dia akan kembali malam ini."
Oleh kerana Nabi berkata lelaki itu akan kembali lagi maka Abu Hurairah berjaga dengan lebih berwaspada. Kata-kata Rasulullah memang benar pada malam itu orang tua itu datang lagi dan mengambil kurma dengan banyaknya. Maka Abu Hurairah pun segera bertindak dan menangkapnya untuk dihadapkan kepada Rasulullah.Lantas dia meminta maaf dan berjanji tidak akan kembali.

Tetapi kali ini Abu Hurairah tidak mahu melepaskannya dan berkata :"Kamu telah berjanji tetapi tidak menepati."
Orang tua itu menjawab, "Jika anda melepaskan aku nescaya aku ajarkan padamu doa yang sangat berguna bagimu."
"Apakah doanya itu?" tanya Abu Hurairah.
"Jika kamu akan tidur ditempat tidurmu, maka bacalah ayat Al-Kursyi sesungguhnya kamu akan dijaga oleh malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk menjagamu. Dan semalaman itu kamu tidak akan didekati oleh syaitan hingga pagi hari," jawab orang tua itu.
Kemudian keesokan paginya seperti biasa Abu Hurairah ditanya lagi oleh Nabi tentang tawanannya.
"Hai Abu Hurairah, apakah yang telah dilakukan oleh tawananmu semalam?"
Jawab Abu Hurairah, "Ya Rasulullah, dia telah mengajarkan doa padaku yang sangat berguna padaku."
Rasulullah s.a.w bertanya, "Apakah doa yang telah diajarkan kepadamu itu?"
"Dia berkata, sebelum aku tidur bacalah ayat Al-Kursyi terlebih dahulu kerana barangsiapa yang membaca ayat tersebut maka Allah menyuruh malaikat menjaganya hingga pagi dan tidak didekati oleh syaitan."
Rasulullah berkata, "Dia telah berkata benar kepadamu, padahal dia adalah pendusta. Tahukah kamu siapakah orang tua itu?"
Jawab Abu Hurairah, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."
Rasulullah berkata, "Ketahuilah Abu Hurairah, orang tua itu adalah syaitan."






Sahabat yang dirahmati Allah,

Sebenarnya bomoh yang menggunakan khidmat jin atau syaitan walaupun pada zahirnya menggunakan ayat-ayat al-Qur'an tetapi kita tidak tahu niat dan tambahan yg disertai bersama bacaan tersebut mengandungi pemujaan dan seruan kepada makhluk halus tersebut kerana iblis/syaitan yg ditangkap oleh sahabat Rasulullah s.a.w Abu Hurairah semasa iblis/syaitan tersebut menyamar sebagai orang miskin mencuri korma Baitulmal telah mengajarkan ayat Kursi kepada beliau dan bila beliau mengadu kepada Rasulullah s.w.t , baginda menyatakan bahawa orang yang ditangkap adalah iblis/syaitan. Maknanya iblis atau syaitan hafal ayat Kursi dan dia lebih arif untuk menipu manusia dengan berbagai tipu helah.

No comments: