~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..
Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalan Al-Quran adalah sikap memaafkan.... namun, tidak dalam semua keadaan hati ini mampu memaafkan segala kesalahan yang dilakukan orang terhadapnya.... apatah lagi kiranya sesuatu tuduhan itu tidak benar atau sesuatu perbuatan itu terlalu mencederakan hati dan mencalarkan perasaan..... Yang pasti perasaan marah tetap akan ada...
Ohh Hatiku... hilangkanlah marah itu dari dirimu..... Semoga kamu lebih ceria wahai hatiku.....
Ohhhh Hati, kenapa terlalu keras kamu ini.... lembutkan lah dirimu wahai hatiku.... memaafkan dia walau tidak dipintanya begitu......
Kenapa perlu aku memaafkannya kerana dia tidak pun memohon maaf kepadaku...???
Kenapa perlu aku memaafkannya kerana dia tidak pun memohon maaf kepadaku...???
Ohh Hatiku, kamu perlu memaafkan walau apapun yang mereka lakukan terhadapku... agar dirimu tidak lagi terbeban.... Andai aku memaafkannya tentu dirimu akan tenang dan tiada dendam yang menjadi satu penyakit yang membarah dalam jiwa....
Aku mengerti perasaanmu Hati... Memberi maaf adalah sukar daripada memohon kemaafan. Apa yang pernah dibaca dalam Al-Quran, dan buku-buku ilmiah sukar untuk diamalkan. Aku tahu, membaca sahaja tidak akan menjadikan aku insan yang lebih baik jika segala ilmunya tidak dipraktikkan. Untuk mempraktikkan segala ilmu tersebut.... rasa sakit, pedih dan marah bermaharajalela.... Segala perasaan itu membuatkan imanku lemah... aku tidak mahu lemah begini wahai Hati....
Nak ker aku maafkannya...?? Atau perlu aku membalas segala kesalahannya sebelum memaafkannya.....
Astagfirullah.... Astagfirullah..... Ohhh TIDAK.... Jangan pernah sesekali engkau memiliki perasaan sebegitu..... ia akan makin berpanjangan dan sukar dikawal di kemudian hari jika mula saling berbalas.... Maafkan lah dia wahai hatiku....
Astagfirullah.... Astagfirullah..... Ohhh TIDAK.... Jangan pernah sesekali engkau memiliki perasaan sebegitu..... ia akan makin berpanjangan dan sukar dikawal di kemudian hari jika mula saling berbalas.... Maafkan lah dia wahai hatiku....
Ohhh Hatiku! Rasullullah SAW menuntut kita bermaafan:
"Seorang Muslim adalah saudara bagi sesama Muslim, kerana itu, janganlah menganiaya, jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya. Taqwa tempatnya disini (sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali). Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama Muslim, setiap Muslim haram menumpahkan darah saudara sesama Muslim. Haram merampas hartanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya" (Hadis Riwayat Muslim).
Kata seorang ustaz pula, maafkanlah dia... orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa "diikat" oleh orang yang tidak dimaafkannya. Maafkanlah, nescaya kamu akan terlepas daripada "ikatan" orang yang tersebut. Kamu akan terbebas terus daripada mengingati kesedihan dan kemarahan yang dikenakan ke atasmu. Maafkanlah dia, dan hatimu akan sihat sejahtera.
"Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya, tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah" (Hadis Riwayat Muslim).
"Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya, tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah" (Hadis Riwayat Muslim).
Aku tahu kamu hebat wahai Hatiku..... Maafkanlah dia wahai hati....
Agar dirimu lebih mudah memaafkannya.... satu kisah untuk kita hayati bersama.....
Satu kisah dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk. Janggutnya masih basah dan minitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat 2 rakaat dan setelah itu dia duduk.
Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah pada hari ketiga. Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.
Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak 3 kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."
Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."
Maha suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia....
Ampunilah aku Ya Allah....jadikanlah kelukaan dan kesedihan ini ubat yang terbaik kepadaku dan bantulah aku memaafkannya.... Semoga hatiku ini mampu memaafkan.....
Tentu dirimu ingin mendiami Syurga Allah wahai hati..... Maafkan lah dia.... Semoga kita dapat menikmati kehidupan yang tenang di dunia dan bahagia di akhirat.... InsyaAllah...
Di kesempatan yang ada di hari Jumaat yang cemerlang ini, saya ingin memohon MAAF kepada semua pembaca sekiranya ada terkasar bahasa, ayat2 yang menyinggung perasaan, gurauan yang menyakitkan hati, kesalahan & kesilapan saya yang secara sengaja atau tidak sengaja berlaku di sini atau di mana-mana pelusuk bumi Allah ini. Maafkan saya....
2 comments:
Salam Fara Jelita,
akak tahu fara Jelita akan memaafkan orang itu..kerna fara Jelita seorang yang istimewa. semoga Allah akan mengurniakan pria terbaik untuk Fara Jelita.
Salam Akak Melur....
Memaafkan bukan sesuatu yg mudah walaupun nampak macam mudah.... Tapi saya sentiasa akan memaafkan... kerana saya sendiri pun tak sempurna mana....mungkin ada salah dan silap yang kita sendiri sedar @ tidak sedar.....
Semoga doa akak itu dimakbulkan Allah... amin.
Post a Comment