Thursday, March 24, 2011

Khasiat Air dalam Berdiet....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Berblogwalking diwaktu rehat tengahari semalam telah menemukan saya dengan satu artikel tentang khasiat air dalam berdiet....  jom kongsi....

Air sebenarnya adalah satu elemen yang sangat penting untuk badan kita. Ramai yang tahu air ni penting, tetapi tak sedar yang sebenarnya kita kekurangan air. Orang yang tinggal di negara sejuk pun minum lebih banyak dari apa yang kita minum. Minum air secukupnya sepatutnya menjadi tabiat kita. Kita perlu air kerana;
  1. Tubuh kita terdiri daripada 70% air
  2. Air diperlukan untuk mengawal suhu badan
  3. Darah kita 83% air
  4. Otot kita 77% air
  5. Tulang kita 22% air
  6. Air mengelakkan “takungan air” atau water retention
  7. Mengangkut oksigen dan zat makanan dalam badan
  8. Melembapkan kulit dan tisu badan
  9. Mengelakkan sembelit
  10. Melembapkan rawan untuk serap hentakan
  11. Membantu menguatkan otot
  12. Mengelakkan kekeringan
 Berapa banyak air yang perlu kita minum?
Kuantiti air yang kita perlu minum bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, keadaan kesihatan, makanan harian kita, tahap aktiviti fizikal, cuaca dan ubatan yang diambil. Tetapi, kita selalu disarankan untuk meminum sebanyak 2L (8 gelas air dalam sehari). Mengikut satu kajian, untuk mengira kuantiti air yang kita perlu minum, kita bahagikan berat kita dalam KG dengan 25. Hasilnya, itulah kuantiti air yang kita perlu minum dalam sehari.

Contoh: Berat kita 75kg bahagi 25 = 3. Maka, air yang perlu kita minum ialah 3 liter.

Cara minum air yang betul
Agama Islam tidak mengalakkan kita minum sambil bernafas dan kita perlu minum dengan perlahan-lahan. Dengan mengamalkan minum air dengan cukup...... Hasilnya;
  1. Apabila orang kesejukan, kita akan rasa seperti biasa sahaja
  2. Apabila orang kepanasan, kita tidak begitu panas berbanding orang lain
  3. Tidak mengalami masalah sembelit
  4. Tidak pening kepala
  5. Kulit sentiasa lembap
Untuk minum air dengan betul, kita disarankan agar;
  • Minum 2-3 teguk setiap 10-15 minit
  • Minum segelas air sebelum makan
  • Segelas air lagi selepas makan
  • Tidak minum semasa makan
Hasilnya, sangat memberangsangkan.

Minum air kosong boleh kuruskan badan
Fakta yang sangat mengejutkan. Kenapa? Air ni boleh kita katakan murahlah. Lagipun, untuk mendapatkan produk penurunan berat badan yang baik, harganya agak mengugat poket. Kalau kita tak nekad untuk berubah, mungkin kita akan membazir.
Air boleh membantu menurunkan berat badan kerana;
  • Kalori dalam air kosong, tiada lemak, tiada minyak, tiada gula. Jika air kosong menganti air manis, kita boleh kurangkan pengambilan kalori
  • Air boleh mengawal selera makan!
  • Air boleh bantu kita dari terlebih makan. Sebelum makan, kita minum air kosong segelas. Mesti kita makan kurang dari biasa.
  • Kalau kita rasa lapar belum pada masanya, cuba minum air, kebanyakkannya, rasa lapar akan hilang. Sebenarnya kita ditipu otak, kita dahaga bukannya lapar!
Pakar gizi makanan telah sepakat, bahawa air memegang peranan utama dalam sebahagian besar program pengurangan berat badan. Kerana ait sangat berperanan dalam membantu tubuh untuk menghilangkan lemak melalui faedah-faedah berikut::
  • Air dapat menurunkan selera makan dan mengurangkan rasa lapar
  • Membantu tubuh dalam proses pembakaran lemak yang menggumpal. Kerana hati akan mengalami kesulitan dalam menjalankan fungsinya ketika buah pinggang tidak mendapatkan air yang mencukupi.
  • Mengurangkan lebihan lemak di badan
  • Mengatasi masalah penyumbatan air pada saat tubuh menahan air yang ada didalamnya agar tidak  kehabisan
  • Mengurangi tumpukan sodium di dalam tubuh
  • Membantu memelihata kesihatan otot dan kelenturannya
  • Membersihkan kotoran-kotoran dan zat-zat beracun di dalam tubuh
  • Mengatasi kesulitan membuang air besar
  Tips untuk Minum Air dengan Cukup
  • Sentiasa tanamkan dalam akal kita yang minum air ini ibarat kita mencuci filter….filter tu badan kitalah,
  • Selalu pegang botol yang berisi air berhampiran dengan kita. Tak perlu besar-besar. 500ml sudah memadai.
  • Setkan masa, contohnya, setiap sejam handphone kita bergetar menandakan masa untuk refill kita punya botol. Kalau handphone, kita cari kat “Timer”
  • Kalau ada budget, belilah filter air yang boleh pasang kat paip di dapur tu. Airnya lebih sedap dan murah kosnya berbanding beli di kedai.
Sedikit tips: Amalkan minum air suam sebelum bersarapan, elok untuk menjaga badan.....

Jom Mulakan Sekarang!
Banyak dah kita baca, sekarang, bangun dan dapatkan air kosong sebanyak 500ml. Habiskan dalam masa 30 minit! Buat sekarang! Dan teruskan amalan ini semoga saya dan semua pembaca blog saya dikurniakan kesihatan. Tak berusaha maka tak berhasil…..

No comments: