Friday, March 18, 2011

Mungkinkah Dia Kay…Wanita Yang Sangat Disayangi Sudirman?

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Kisah ini saya peroleh dari satu emel yang dipanjangkan kepada saya oleh seorang rakan...... 

Saya memohon maaf sekiranya ia menyinggung perasaan atau salah dari segi faktanya.... saya merupakan peminat arwah Sudirman Hj Arshad, seperti biasa, bila kita minat seseorang itu maka kalau boleh, kita ingin tahu apa kegemarannya, siapa orang kesayangannya, apa citarasanya dan berbagai lagilah. Apatah lagi sekiranya orang yang kita minat itu seorang public figure seperti beliau.


Saya sendiri tidak terkecuali. 
 
Saya rasa semua orang terutama peminat Sudirman tahu bahawa beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang eksekutif Petronas yang bernama Kamariah Jamaluddin atau Kay, namun mahligai cinta yang dibina cuma mampu bertahan kira-kira tiga tahun saja sebelum semuanya berakhir dengan penceraian
Dan semua orang tahu kesan perpisahan tersebut memberi tekanan psikologi yang cukup hebat dalam diri Sudirman, ini boleh dirasai melalui lagu-lagu cinta yang didendangkannya 

Kisah sedih perceraian mereka ada diceritakan oleh Norkumalasari di sini..
http://miraks.multiply.com/journal/item/13/SUDIRMAN_-_ROBOHNYA_MAHLIGAI_CINTA

Di mana Kay sekarang? Itulah yang sering menjadi tanya saya dan ribuan peminat Sudirman kerana wanita itu dikatakan terus menghilang dan tidak muncul-muncul lagi selepas terjadinya peristiwa penceraian tersebut
namun kira-kira dua mingga lalu, saya terbaca satu artikel mengenai kisah seorang bekas eksekutif Petronas di dalam Sunday Times yang menulis mengenai sebuah buku masakan 
 
hati saya tiba-tiba berdegup! mungkinkah dia Kay yang dimaksudkan oleh arwah Sudirman itu???
aku tak puas hati, dari situ aku cuba menyelongkar Google dan Yahoo Search tentang wanita ini
akhirnya aku menemui sebuah blog yang berjudul www.loveingratitude.com

penulis ini rupanya menepati betul ciri-ciri yang digambarkan oleh arwah, dia sangat cantik walau kini usianya telah melewati usia 50-an, ejaan namanya sama, dan dia turut menuntut di Universiti Malaya pada waktu yang sama dengan tempoh arwah Sudirman belajar di sana 
 
Saya sangat kagum dengan kejayaan Puan Kay sekarang…nampaknya bekas suami isteri ini sangat berjaya dalam bidang mereka masing-masing......tak mengapalah, semua dah jadi sejarah, Puan Kay pun sudah mempunyai keluarga sendiri dan bahagia dengan kehidupannya sekarang.
 
Persoalannya, adakah Puan Kay benar-benar Kay yang Sudirman maksudkan itu?
Wallahualam…
Seperti yg diceritakan oleh Noor Kumalasari…
PERCINTAAN dan perkahwinan dengan Kamariah Jamaludin atau lebih dikenali Kay adalah sesuatu yang indah buat Sudirman Haji Arshad. 
 
Sudirman pernah memberitahu sahabat baiknya, pelakon dan penyanyi Noorkumalasari bahawa Kay adalah wanita pertama dan terakhir yang dicintainya. Mereka disatukan pada Hari Valantine - 14 Februari 1981 selepas Sudirman menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya. Kay yang bekerja di Petronas adalah pilihan hati Sudirman yang dikenali sejak kecil lagi.

Pastinya berita perkahwinan mereka diterima baik peminat kerana percintaan mereka bukan rahsia lagi.

 
Bagaimanapun, takdir menentukan segalanya apabila mahligai cinta yang dibina dengan kasih sayang roboh bak istana pasir dilanda ombak. Perkahwinan mereka cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka. Pasangan itu tidak mempunyai anak.

Dalam majalah Utusan Filem dan Fesyen (UFF) dalam kolum Masih Kuingat Lagi, Sudirman menulis, 2 perkara yang sangat memilukan hatinya. Pertama, kehilangan ibu pada usia yang sangat muda. Keduanya, perkahwinannya yang gagal.

 
Sudirman merakamkan kedukaannya melalui pahit getir penceraian menerusi lagunya Terasing dan Merisik Khabar, malah beliau turut mencipta lagu Setiamu Tiada Lagi dendangan Ibnor Riza. Setelah bercerai, Sudirman menumpukan seluruh tenaga kepada kariernya termasuk menulis, melukis, dan menubuhkan syarikatnya sendiri.

Sahabat baik Sudirman, penyanyi Noorkumalasari dalam catatan mengenai Allahyarham yang disiarkan dalam Harian Metro pada 1992 berkata, suasana malam di rumah Sudirman sangat sayu menjelang perpisahan antara mereka. “Apabila cerai dilafazkan mereka bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung,” kata Noor yang menyaksikan sendiri perceraian Sudirman dan Kay.

 
Sewaktu hampir berpisah dengan Kay, Sudirman menelefon Noorkumalasari supaya dapat menjadi saksi ketika dia melafazkan cerai. Noorkumalasari bersama-sama bekas suaminya ketika itu bergegas ke rumah Sudirman di Bangsar.
 
Noorkumalasati berkata "Suasana malam itu begitu sayu menjelang perpisahan mereka. Kedua-duanya kelihatan seperti biasa. Sebaik cerai dilafazkan, mereka tiba-tiba bertangisan. Air mata tidakdapat dibendung lagi, lalu kedua-duanya berpelukan. Begitu sayumenyaksikan peristiwa itu."
 
Noorkumalasari tidak dapat menahan sebak, seterusnya turut menangis sama. Sudirman, katanya, ketika itu berada dalam keadaan tidak tentu arah. Siapa sangka percintaan yang mereka pupuk sekian lama berakhir dengan cara begitu. Namun, Noorkumalasari  memuji caranya yang begitu gentleman.
 
Noorkumalasari berkata lagi : "Sejak perpisahan itu jugalah, timbul semacam perubahan pada diri Sudir. Peminatnya mungkin tidak perasan mengenai perubahan ini. Tetapi di kalangan rakan artis, apatah lagi mereka yang rapat dengannya, perubahandiri Sudir itu jelas ketara.
 
"Percayalah kalau Noor katakan, meskipun di antara Allahyarham dan Kaytiada sebarang ikatan, namun Allahyarham masih terus menyarung cincin perkahwinan mereka. Noor sendiri kehairanan mengapa Allahyarham bersikap begitu?"
Noorkumalasari ada menasihati Allahyarham agar menerima hakikat hidup. "Payah juga hendak dilentur, tetapi lama kelamaan, jika tidak silap Noor di antara dua atau tiga tahun, barulah Allahyarham menanggalkan cincin itu daripada jarinya," cerita Noorkumalasari lagi.
Dan….inilah Kay sekarang…

8 comments:

AnakChott said...

masih cantik spt dulu..

ct N honey said...

mmg cantik,sbb tulah kot sudirman cintakan dia sampai keakhir hayat

Nieda said...

Saya pun tertanya2 Kay pujaan Sudir hingag ke hari ni. Bukan itu saja saya juga teringin nak mengetahui perkembangan Mazuin Hamzah (QM ) penyanyi adik beradik era 80an dulu.

Melur Jelita said...

Fara Jelita..akak masukkan dlm blog akak tetapi tak boleh nak backlink sebab brok lemau sangat...

Faradilla Rashid said...

Kak Thyla.... cantik kan dia... patutlah Sudir amat menyayanginya....

Faradilla Rashid said...

Ct N Honey.... memang cantik kan....

Faradilla Rashid said...

Nieda... jom kita sama2 cari maklumat tersebut.... ramai peminat ingin mengetahui kisah artis pujaan mereka kan...

Faradilla Rashid said...

Akak Melur Jelita... tenkiu akak... takpe lah dah takleh nak backlink nak wat camne pun dah brok lemau kan... tenkiu bebanyak sbb kongsi ngan pembaca blog akak yg mantap tu....