Thursday, January 6, 2011

Kalau Kerja Kita Elok Di Sisi Allah...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Keindahan pagi ini bersama deruan hujan yang mencurah menambahkan minat untuk meneruskan pembacaan di samping melunaskan kerja seharian..... Lalu terbaca satu kisah yang amat menarik dan baik untuk dikongsi bersama..... Ikutilah kisahnya....

Seorang pemuda belia telah masuk ke sebuah kedai. Pemuda ini menuju ke tempat telepon. Oleh kerana badannya yang pendek, ia mengambil bekas meletak botol minuman. Lalu ia memijak bekas tadi dan menelepon seseorang.

Rupanya kelakuan pemuda ini diperhatikan oleh tuan kedia itu. Tuan kedai mendekati pemuda dan cuba mencuri dengar apa yang diperkatakan oleh pemuda tersebut.Berikut ialah perbualan beliau :

Pemuda : Wahai puan, bolehkan saya bekerja di rumah puan, saya boleh melakukan kerja memotong rumput dengan baik.

Suara wanita dalam telepon : Oh tidak perlu kerana saya sudah mempunyai pekerja yang melakukannya.

Pemuda : Puan saya boleh melakukan kerja-kerja tersebut dengan bayaran separuh dari pekerja puan.

Suara wanita dalam telepon : Tapi saya sudah merasa puas hati dengan pekerja saya itu.

Pemuda : Saya boleh melakukan kerja-kerja tambahan. saya akan membersihkan laman, potong pokok dan sebagainya

Suara wanita dalam telepon : Oh tidak perlu . Maaflah yer. Saya tidak perlukan pekerja lain.

Pemuda itu meletakkan ganggang telepon dengan wajah yang berseri-seri dan membayar duit telepon kepada tuan kedai.Namun tuan kedai merasa simpati dan menawarkan pekerjaan kepada pemuda tersebut. 
Tapi pemuda menjawab " Sebenarnya sayalah pekerja di rumah yang saya telepon tadi. Saya ingin mengetahui apakah pandangan beliau terhadap kerja-kerja saya di rumahnya.


insafilah :

Kalau kerja-kerja untuk mempertahankan Islam kita elok di sisi Allah maka sudah pasti Ia mengekalkan kita dalam usaha-usaha kita. Jika tidak sudah pasti Ia menggantikan kita dengan orang lain.

Tidak perlu marah atau berasa hati jika ada yang dipilih untuk melakukan kerja-kerja agama walaupun ia hanya manusia biasa tidak berpengetahuan tinggi atau tidak mempunyai kebolehan yang hebat seperti kita.

Kita perlu risau jika kita tersingkir @ tidak diterima dan kita perlu segera bertaubat kepadanya. 
Semoga setiap dari kita mampu memberikan kerja yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilakukan dan semoga sebaik mana kita melunaskan tugasan kita, sehabis baik jugalah kita melunaskan  kewajipan kita terhadap Yang Esa....

Keindahan setiap pekerjaan yang dilunaskan tentulah bermula dengan keikhlasan kita melaksanakannya.... Semoga kita terdiri daripada golongan pekerja yang terbaik di Sisi Allah... amin.

2 comments:

Ibu Qisha said...

bagus rencana ni farah..kak tila suka :)

Faradilla Rashid said...

Thanks kak tila....