Hai…
Hari ini saya nak komen sikit pasal lelaki. Apa pendapat kengkawan tentang lelaki botak? Adakah lelaki botak ni ganas atau seksi?
Ada sesetengah perempuan anggap lelaki botak sebenarnya memiliki sifat kelakian yg kental, tahan cabaran tapi masih terselit kelembutan di dalam diri mereka. Selalunya lelaki botak juga seorang yg manja dan ada juga yg anggap mereka ini nampak seksi apabila botak. Betul ke? Ehhhh ye ke...??
Bos saya seorang yang kurang rambut tapi belum botak keseluruhan.... Bila time tak sibuk tu, pernah juga la bertanya dia kenapa bleh jadi botak ni...?? Dia kata dia selesa begitu sebab "Botak tu seksi ".... ye ker...?? Nampak biasa je... tak nampak seksi pun bos saya ni....bior betikkkkkkkk pakcik ni....hahahaha
LELAKI botak? Ada wanita yang suka tapi ada juga pantas berkata tidak dengan alasan, tidak kacak atau serupa samseng! Nak kata nampak cam samseng pun idak jugak... bukan semua lelaki botak yang kelihatan seperti samseng.....contohnya bos saya la... muka takde la ganas pun.... nak kata garang sangat pun idak juge...kadang2 tu bleh la lagi berbual & bergurau... sorriiii bosssssssss sbb dah jadi bahan contoh kat sini plak... tu la sapa soh berkepala botak... kan dah jadi bahan.....hehehe
Dalam satu artikel Berita Harian 28 Januari 2011, menurut organisasi penyelidikan antarabangsa, Synovate, hanya 12 peratus wanita di Malaysia suka teman lelaki botak manakala di China pula, bilangannya lebih tinggi iaitu sebanyak 28 peratus.
Selebriti terkenal: Faizal Ismail |
Ada berita baik untuk lelaki botak kerana kajian sama juga mendapati hanya satu peratus wanita bersetuju rambut sangat penting untuk mengklasifikasikan seseorang sebagai kacak. Maknanya, tak semua orang botak tu tak hensem la gitu.... ramai yang kata tak ada rambut pun tetap gak hensem la gitu....
Pendapat salah seorang wanita di Negara ini, lelaki botak kebiasaannya nampak garang, macho dan lebih terserlah kejantanannya. “Tapi, jangan pula fikir semua lelaki sesuai berimej botak kerana hanya segelintir mereka yang berwajah kacak saja saya rasakan sesuai mencukur licin kepada mereka,” katanya.
Pendapat wanita lain pula, mengakui tidak suka lelaki yang tidak berambut kerana baginya, lelaki botak akan nampak seperti ganas. “Kalau ada yang rasa lelaki botak itu seksi, saya tidak setuju sama sekali malah jujur dikatakan, saya takut hendak mendekati lelaki botak,” katanya.
Pendapat wanita lain pula, mengakui tidak suka lelaki yang tidak berambut kerana baginya, lelaki botak akan nampak seperti ganas. “Kalau ada yang rasa lelaki botak itu seksi, saya tidak setuju sama sekali malah jujur dikatakan, saya takut hendak mendekati lelaki botak,” katanya.
Seorang suri rumah pula menyatakan beliau sering salah melabel lelaki botak sebagai penjahat mungkin kerana penampilannya yang tampak garang. “Lelaki botak kadang-kadang nampak kacak tapi ramai yang nampak seperti tak kacak daripada kacak. Takut sikit tengok kepala botak malah lelaki tidak layak digelar seksi jika berkepala botak,” katanya sambil tertawa.
Sementara itu, seorang penuntut wanita, mengakui tidak suka lelaki berkepala botak sama ada kerana fesyen atau disebabkan usia yang meningkat. “Tapi saya akui, ada segelintir lelaki yang sesuai dengan imej botak tapi mereka tetap kelihatan seperti ganas dan samseng.
Gambar dari Google |
Pada hakikatnya, lelaki botak ni seksi atau sebaliknya bergantung pada pandangan diri sendiri. Ada perempuan yg suka akan lelaki botak, ada pula yg tak suka. Terpulang la…
Tapi kenapa lelaki botak? Adakah untuk Nampak seksi?
- Mungkin mereka nak nampak rupa yg ganas tapi dalam masa yg sama masih nampak cute dan seksi.
- Dengan rupa paras yg ganas, secara tak langsung orang akan gerun dan takut.
- Ada juga sebab tak nak pening kepala fikir cara pengayaan rambut
- Ada juga yg banyak masalah kepala dan rambut. Macam rambut gugur, berminyak, kelimumur atau memang jenis yg pemalas nak jaga penampilan diri.
Bila kita lihat, sebenarnya tak ramai lelaki botak di dunia ni. Kenapa? Ini kerana tak semua orang akan nampak menarik apabila botak. Sesetengah orang mungkin sesuai botak, tapi tidak bagi sesetengah lelaki.
Kesimpulannya, ganas ke seksi ker hensem ker terpulang kepada pandangan individu..... Lain padang, lain belalang... Lain orang, lain pandangannya.....
Tak perlu la bersusah hati dengan pandangan orang ramai kerana apa yang membezakan kita pada pandangan Allah bukan la sebab botak atau berambut panjang tetapi amal dan ibadah terhadapNya....
Credit to: Berita Harian (Siti Nur Almizan) & Sitimaisarah
5 comments:
Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
Menarik la pantun tu Anonymous.... thanks sudi berkongsi di sini....
Pakwe sy botak.....so sweet....mengancam tau...huhuhu
wowww... satu lagi pandangan... terima kasih
nampak cam foreigner ..
Post a Comment