Thursday, December 29, 2016

HELLO JAPAN: DAY 3

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah dilimpahkan rahmat Allah untuk meneruskan kehidupan seterusnya...

Perjalanan hari ketiga di Osaka diteruskan...

Perjalanan kali ini dari stesen Sakuranomiya ke Osaka dan tukar tren kat station apa ntah sebelum naik tren lain ke Inari...

Kluar je dari station tu  dah sampai ke Fushimi Inari-Taisha Shrine.... dok ingat nak kena jalan jauh lagi... rupanya keluar station je dah Nampak.... tapi kannnnn, kawasan Fushimi Inari-Taisha Shrine ni teramat lah besarnya... kalau nak mendaki hingga ke hujungnya bermakna perlukan satu hari aktiviti di sini sahaja...













 dah selesai berjalan dan bergambar kat sini.... kami cuma berada di sini sekitar 2 jam je kot sebelum kembali ke stesen tadi untuk ke erkkkk tak ingat nama stesen tapi nak p naik romantic train.... kameoka ke hapa ntah nama tempatnya...

elok sampai je kat stesen tu kannnn..... dia tulis Romantic Train is close on Wednesday... dan hari tu memang hari Rabu... alahaiiiiii patah hati ku ini... Hancur luluh bagai dirobek2.... mujur jugak encik GPs kata, takpe nanti hari last kita di Osaka kita datang lagi... which is hari Sabtu la tu.... ok boss...

Jadi, kami kembali ke stesen yang lupa nama tu balik untuk ke tempat lain....

Encik GPS dengan pantas dah gantikan aktiviti tersebut untuk berjalan2 ke Nijo Castle... cantik istana depa ni... dikelilingi air untuk elak musuh menyerang agaknya...








Ntah apa keje ntah 3 beradik tu...

Ini lah hasilnya...kekeke
Disebabkan dalam istana tu memaparkan gambar2 dan kisah2 yang perlu dibaca dan difahami jadi tidaklah pula ingat nak ambil gambar, ke memang takleh ambil gambar ke ntah ler... otak beku sebab dok jalan dalam sejuk kat luar tu tak teringat sangat apa2 pun...keh keh keh...

Dalam sejuk2 tu la jugak dok bergambar... kawasan sekitar yang bersih dan cantik memang la kalau boleh setiap sudut kawasan ini rasa nak posing sesajer...

Tapi kan... tengah2 dok posing tu ada pengumuman nak tutup la pulak... jam 5 castle ni dah nak tutup pintu... sebab musim sejuk ke memang jadual dia tutup jam 5 pun ntah ler... nak membaca pun banyak tulisan Jepun je tak pandai nak mengeja pun... dah disuruh keluar tu jadi kitorang pun keluar lah....

tak tau ke mana pun... jadi Mr. GPS ke ahli lain ntah ler cadangkan kitorang p makan kat Restoren Ayam Ya... makan ramen la ni...kitorang jalan kaki pastu p tunggu bas dedekat dengan castle tu... naik la basnya... tapi kannnnn... sampai ke depan restoren... dia tutup la pulak... akan buka balik jam 6 - 10 malam... masa tu awai plak lagi...baru jam 5:10 camtu...

Jadinya kitorang jalan kaki ke Menara Kyoto... gigih sungguh la jugak... dalam 10 minit jugak la baru sampai ke menara tu... tapi tak boleh naik pun sebab berbaris panjang... memasing lapar dan malas nak tunggu... jadi kitorang hanya bergambar dedekat situ dan jalan ler patah balik ke restoren tu...

Lepas dah kenyang makan kat situ... kitorang pun balik ler semula ke rumah untuk berehat... Rehatkan kaki untuk perjalanan seterusnya esok hari....

Kemana lagi kita nak pegi niiiiii....??? hahaha

No comments: