~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..
Macam tak percaya je bila ada orang yang mengatakan ketawa boleh jadikan kita kurus....
Kalau makcik-makcik kat kampung tu selalu kata sebab kuat ketawa badan jadi montel.... "Patut lah badan tu montel tak turun2, mana tidaknya dah asyik gelak (ketawa) memanjang"..... Kalau ayat tu selalu la juga dengar tetambah saya pun budak montel.... Memang selalu la dikaitkan dengan ketawa atau kekerapan ketawa menyebabkan badan jadi montel.... Betul atau tidak zaman anak-anak dulu bukannya pernah nak kaji pun....main terima je lah seadanya....
Bila dah semakin dewasa takut lak nak ketawa selalu kang montel lak lagi.... dah la sedia montel...kalu ketawa lagi bertambah la lagi montelnya....huhuhu
Tapi bila hari ini terbaca satu artikel ni.... cam nak ketawa seharian je rasanya.... mak aiiiii jenuh lenguh la mulut....hehehehe
Tapi sama ada anda nak percaya atau tidak itulah kata Dr Maciej Buchowski dari Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat bahawa KETAWA boleh membuatkan kita kurus....
Ketawa yang berpanjangan dalam sehari mampu membakar sehingga 4.5 paun lemak dalam setahun. Paling menarik, jumlah pembakaran ini sama dengan tenaga yang digunakan untuk berjalan sejauh setengah batu. Ketawa dipercayai membakar kalori dengan cara merangsang otot dan menjadikan jantung kita bergerak lebih laju......
Para saintis mendapati senyum & ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat meransang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon lainnya.
Dalam sedar atau tidak, kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairanlah jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa "mengurut" organ dalaman abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar.
Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
Tapi kalau dah seharian ketawa tak kurus-kurus gak elok la berhenti sebelum hati jadi mati...
Mungkin cukup lah sekadar dengan senyuman kerana dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak memerlukan modal cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman tersebut. Kiranya senyuman yang dilemparkan itu mampu menyerikan hari insan lain tentunya hari kita juga akan turut berseri. Senyuman juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan mampu juga memulakan sebuah perkenalan dan ikatan.
SENYUM ITU KELOPAK... KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA....
Maniskanlah wajah dengan senyuman... Semoga setiap hari yang kita lalui dihias indah dengan senyuman yang ikhlas....
No comments:
Post a Comment