Wednesday, November 3, 2010

Balasan Baik Hindari Marah.....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, segala pujian ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan kurnia dariNYA yg memang tidak terhitung oleh setiap hamba2NYA... Hari ini nak cerita kisah MARAH...

Marah adalah sifat semula jadi yang ada pada semua orang, antara mereka ada yang cepat marah dan ada yang lemah lembut. Marah bukanlah suatu sifat yang boleh dibuat serta merta, malah ia biasanya didahului sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu marah, perasaannya memberontak dan akan bertindak kasar. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Pertimbangannya sudah hilang. Kadang-kadang perasaan marah berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan antara keluarga dan sahabat handai apatah lagi orang yang tidak kita kenali....

Pelikkan.... Tiba-tiba je cerita tentang MARAH.... Mana tidaknya.... Panggilan telefon dari seseorang yang menyebabkan saya rasa marah dan merah muka ni.... panas semacam je rasanya .... Aduhhhhh sakitnya hati... Memang rasa macam nak marah je....

Dalam rasa-rasa nak marah tu... Saja la klik2 kat internet... Salah satu cara nak meredakan kemarahan la kononnya.... Terjumpa pulak artikel tentang MARAH.... Artikel ini kalau tak silap dari tulisan Noraimi Haji Ismail.... Dah membacanya terus tak jadi nak marah lagi dah..... Sabo je lahhhhh....

Kemudiannya..rasa terpanggil untuk berkongsi dengan kawan2 di sini... Tajuk artikel tersebut ialah Balasan Baik Hindari Marah..... Kisahnya begini...

Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya.

Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."

Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah."

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. "Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring."

Oleh kerana besarnya bahaya marah, Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. "Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)

Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat."

"(Termasuk kalangan orang yang bertaqwa ialah ) orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang dan susah, orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan Allah menyukai orang yang berbuat baik. [ Ali Imran : 134 ]

Oleh itu kawan-kawan... Kawallah kemarahanmu kerana kemarahan itu akan menunjukkan betapa dirimu amat lemah.... Marilah kita sama2 berdoa agar dikurniakan hati sepertimana hati para kekasih ALLAH.... Subhanallah....

No comments: