~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..
Hari Jumaat yang indah ditemani hujan lebat di luar sana membuatkan diri terasa manja je nak buat keje.... Jadi dah petang-petang ni setelah segala tugasan selesai... Dapatlah membelek-belek majalah... lalu terjumpa lah petua la kot namanya ni.... Petua untuk memanjakan kulit wajah dari majalah Anis keluaran Disember 2009....
Jom kita layan sesama.....
Mengecilkan Liang Pori
Campurkan sesudu besar jus tomato segar dengan 2-4 titik jus limau nipis. Sapukan campuran itu ke muka menggunakan bola kapas. Biarkan selama 15 minit. Bilas muka dengan air suam kuku atau sederhana sejuk. Kemudian barulah gunakan pelembap.
Mengubat Jerawat
Bagi anda yang sentiasa mengalami masalah jerawat (cam saya la kot), lenyekkan sebiji tomato segar dan sapukan ke wajah. Biarkan sejam sambil anda berehat. Bilas dengan air suam kuku. Gunakan rawatan ini setiap hari sekurang-kurangnya seminggu untuk hasil yang memuaskan.
Pupur Tomato dan Avokado
Pupur ini baik untuk anda yang berkulit kombinasi. Ia membantu mengurangkan minyak dan menyingkirkan bintik hitam di muka. Pupur ini mengandungi vitamin A, C dan E dan amat menyegarkan kulit. Lenyek atau kisar sebiji tomato kecil dengan sebiji avokado kecil. Campurkan hingga sebati. Pupurlah wajah anda dengan campuran ini. Biarkan 20 hingga 30 minit dan bilas dengan air suam kuku.
Rawatan Muka Ekspress
Sebiji tomato dibelah dua. Gosokkan di muka anda. Tumpukan pada bahagian yang paling banyak bintik hitam. Biarkan beberapa minit. Bilas dengan air suam kuku. Gunakan petua ini sebagai astrigen muka bahan semula jadi bagi kulit berminyak dan mengecilkan liang pori.
Astrigen Tomato
Perah sebiji tomato segar. Tapis dan ambil jusnya. Hiriskan sebatang timun. Perah sedikit jus timun daripada beberapa hirisan tersebut ke dalam jus tomato. Kacaukan dan sapukan ke muka menggunakan bola kapas. Bilas muka dengan air suam kuku. Sediakan astrigen ini segar setiap hari untuk mendapatkan hasil maksimum daripada tomato.
Manjakan kulit anda dengan tomato. InsyaAllah kulit menjadi jelita secara semula jadi dan menjimatkan belanja....
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment