~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..
Pada 11 November 2010,telah diadakan taklimat berkenaan zakat pendapatan melalui potongan gaji kepada semua staf di pejabat saya....Bagus juga dibuat potongan gaji... tidak perlu lagi buat lawatan ke pusat zakat setiap bulan.... Bukan apa, berhampiran pusat zakat tu ada la pulak kedai2 yang meriah....kang dah tersinggah lalu ekonomi negara pun dapat dijanakan dengan jayanya....hehehe
Bercerita tentang zakat, ada yang menganggap bahawa mengeluarkan zakat boleh mengurangkan pendapatan dan perbelanjaan mereka...kurang meriah nak shopping sebab nak kena bayar zakat.... kalau tidak dah dapat dah lagi 2 atau 3 helai baju.....amboiiiii banyak-banyak sangat baju kang roboh lak almari...hehehe
Untuk memahami bagaimana zakat sebagai pelaburan.... jom kita sama-sama baca bingkisan yang disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Pegawai Dakwah Pena Lembaga Zakat Selangor.....
Dalam sejarah manusia, Allah SWT menunjukkan manusia yang kaya tetapi bakhil pasti ditimpa bencana. Qarun misalnya , digambarkan kaya-raya yang kedekut dan takbur. Dia bukan sahaja enggan mengeluarkan sedikit sedekah daripada hartanya, malah Allah SWT mencatatkan apa yang telah Qarun ungkapkan kapada kaumnya: "Sesungguhnya aku hanya diber harta itu kerana ilmu yang ada padaku". (al-Qasas: 78)
Sayangnya, Qarun lupa bahawa harta dan kemewahan itu semuanya milik Allah SWT yang dipinjamkan kepadanya untuk dijaga sebagai amanah. Qarun menganggap memberi sedikit daripada harta adalah merugikan. Lalu Allah SWT menempelak Qarun kerana kedegilannya. Azab yang deterima di dunia lagi, Qarun dan istana yang diagungkannya telah ditelan bumi.
Zakat sebagai Penawar Kemelut Manusia
Dalam hal ini, zakat datang sebagai penawat kepada kemelut manusia yang kaya-raya agar mereka dilentur hatinya dalam mentaati perintah Allah SWT. Zakat juga adalah mekanisme penyubur jiwa yang menjinakkan hamba kepada Allah SWT. Manakala bagi yang degil seperti Qarun, Allah SWT mengizinkan pemerintah Islam untuk mengambil harda mereka sekali pun secara paksa. Allah SWT bertegas di dalam al-Quran: "Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka". (at-Taubah:103)
Menjamin Keseimbangan Masyarakat
islam amat menekankan kewajipan zakat. Ini kerana zakat adalah suatu instrumen sosial yang menjamin keseimbangan di dalam masyarakat. Kezaliman akan terbasmi dan keadilan terjamin dengan tertegaknya zakat. Zakat juga menjadi jambatan di antara kaya dan miskin, menutup pintu-pintu kejahatan dengan memberikan mereka yang miskin hak mereka. Oleh itu akan terpinggirlah rasa iri hati, dengki dan dendam kesumat di hati , diganti perasaan kasih dan sayang kepada si kaya. Manakala bagi si kaya pula, hilanglah perasaan haloba dan mementingkan diri sendiri, diganti ketundukkan hati dan keluhuran budi pekerti sesama manusia.
Justeru, daripada pandangan mata kasar yang sihat, serta analisis akal yang cerdas, kita dapat melihat betapa murninya hukum zakat ini. Ia adalah suatu pelaburan dunia yang menjamin keseimbangan manudia sejagat. Ia memberi sebuah negara berdaulat punca kewangan atau dana. demi menjana kemajuan, memenuhi keperluan dan menutupi punca kemiskinan.
Mendapat Keberkatan
Sementara itu, sudah terbukti mereka yang menitikberatkan amalan zakat pasti mendapat keberkatan yang tidak mampu diungkapkan oleh kata-kata. Keberkatan ini lah buahnya zakat, kerana ia akan menjamin kita daripada kehilangan harta, gundah-gulana hatinya, rumah tangga yang porak peranda dan sebagainya. Bukankah manusia amat mendambakan kebahagiaan di dunia ini, maka zakatlah anak kuncinya. Ia bukan sekadar memberikan kebahagiaan hakiki di dunia bajkan bakal berlarutan hingga ke akhirat. Sabda Rasulullah SAW: "Kekayaan tidak akan binasa, di darat mahupun di laut, kecuali apabila zakatnya tidak dikeluarkan". (Riwayat Thabari,Al-Qardhawi, hal.79).
Allah SWT juga mewajibkan zakat sebagai pelaburan akhirat. Setiap sen yang dikeluarkan sebagai zakat, pahalanya dicatatkan di sisi Allah SWT dan kelak di akhirat, bakal dibayar kembali sebagai dividen dan bonus dalam bentuk syurga. Inilah mercu kenikmatan yang diimpikan oleh setiap manusia, mati dan dihidupkan kembali untuk mendiami syurga yang penuh kenikmatan.
Zakat adalah suatu ibadah berbentuk pelaburan yang menjanjikan pulangan besar di dunia mahupun di akhirat. Is juga anak kunci bagi yang mendambakan kebahagian dunia juga akhirat. JOM MENUNAIKAN ZAKAT....
No comments:
Post a Comment