Saturday, November 20, 2010

Kelebihan dan Kebaikan TOMATO...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Kalau semalam dah bagi petua menggunakan TOMATO... Hari ni pun nak bagitau kelebihan dan kebaikan tomato.... Sumber diperolehi dari Majalah Anis keluaran Disember 2009 juga... Masa mula-mula baca dulu tak ambik port sangat... Bila terbaca lagi baru rasa bagus juga kalau dapat dikongsi bersama kawan....

Antara kelebihan dan kebaikan tomato ialah....

1. Baik Untuk Kencing Manis

Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.

2. Baik Untuk Mata

Kiranya selama ini kita dengar lobak merah dan berry baik untuk mata, tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kerana kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.

3. Baik Untuk Obesiti

Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.

4. Baik Untuk Gangguan Usus dan Hati

Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. Diminum pada awal pagi. Ia petua berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.

5. Baik Untuk Gangguan Pernafasan

Sebelum tidur, telan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicamputkan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. Bagi pesakit lelah, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.

6. Baik Untuk Ibu yang Menyusu

Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.

Tip Memilih TOTATO...

Untuk yang paling berkhasiat, pilihlah tomato yang paling merah ranum.

Untuk yang lebih sedap pula, rendamkan beberapa biji tomato di dalam air. Yang tenggelam itu lebih sedap berbanding yang terapung. Ini kerana yang tenggelam itu mengandungi lebih banyak kandungan gula.

Apa lagi..... Jom Makan TOMATO....hehehe

3 comments:

Ibu Qisha said...

la...ye ke...mmg suka masak letak tomato kasi warna-warni tak sangka byk khasiatnya..thanks for the info ye :)

Faradilla Rashid said...

Memang banyak khasiatnya Kak Thyla... Banyak lagi rasanya yang kita tak tau.... nanti kalau ada lagi saya sambung lagi kisah kelebihan dan kebaikan tomato ni...

mawar azura said...

suka dengan info ni..;)