~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum wbt..
Petang-petang yang kecoh dengan gosip di pejabat ni, ramai lak makcik2 yang katanya stres dengan apa yang berlaku di pejabat kebelakangan ini.... Mungkin ada aktiviti yang dapat meredakan dan melegakan stres ni.... Antara aktiviti yang dicadangkan ialah:
1. Berurut atau Mengunjungi Spa
Aktiviti ini mampu merehatkan minda dan badan untuk yang berkemampuan. Dengan urutan yang betul ia mampu mengurangkan tekanan darah dan melegakan kekejangan otot, disamping bauan segarboleh merehatkan minda.
2. Bercuti
Bercuti mampu mengurangkan stres kerana ia membantu melupakan seketika masalah dan tekanan kerja. Bersantai di hujung minggu atau mengambil cuti boleh menenangkan fikiran. Lawatilah tempat-temapt menarik di Malaysia yang menjanjikan ketenangan pasti stres pun akan hilang.
3. Membaca Al-Quran
Bagi yang beragama Islam, membaca Al-Quran adalah terapi terbaik untuk membuatkan jiwa tenang selain menunaikan solat sunat dan berzikir.
4. Berkongsi Suka Duka
Berkongsi suka duka masing-masing bersama orang yang memahami mampu mengurangkan stres dan sebarang masalah lebih mudah diselesaikan secara perbincangan atau menulis di dalam diari atau blog(bahaya juge takut org lain menggunakan utk tujuan tidak baik jadi perlu berhati2).
5. Membeli-belah
Membeli-belah juga dikatakan merupakan satu kaedah terapi untuk mengurangkan stres. tidak salah untuk mencuba kerana ia juga sedikit sebanyak mampu menjana ekonomi negara. Tetapi, adalah dinasihatkan agar berbelanja secara berhemah supaya tidak berhutang. Berbelanja secara berhemah agar dapat mengelak wujudnya stres kerana boros berbelanja.
6. Amalkan Gaya Hidup Sihat
Bersenam secara teratur dan elakkan pengambilan kafein serta alkohol secara berlebihan serta memilih pemakanan sihat dengan melebihkan bijirin, sayuran dan buah adalah amat digalakkan. Minum jus buah-buahan dan sayuran yang segar setiap pagi dapat menambah kesihatan minda dan badan.
7. Berkebun
Berkebun juga antara aktiviti yang boleh menghilangkan stres walaupun kadang kala memerlukan tenaga tetapi pengeluaran peluh membuatkan badan jadi sihat dan minda lebih tenang terutama sekali apabila melihat hasil tanaman yang dapat dituai.
8. Tidur yang Mencukupi
Tidur yang mencukupi dan berkualiti adalah elemen rehat paling penting untuk tubuh serta minda supaya dapat kembali bertenaga secara fizikal dan mental keesokan harinya.
Stres juga boleh dihilangkan dengan mempunyai hobi yang berfaedah seperti merakamkan gambar, berenang, membaca dan aktiviti lain yang anda minati.
Jangan biarkan stres mengganggu kehidupan kita kerana ia boleh mendatangkan pelbagai masalah negatif kepada individu sama ada dari segi fizikal dan emosi. Sekiranya dibiarkan berlarutan boleh mengundang risiko kepada masalah mental seperti kegelisahan dan kemurungan. Walaupun sukar untuk mengelak punca stres secara menyeluruh tetapi kita mampu menanggani tanda-tanda awalnya dengan menjana sikap positif melalui minda dan emosi.
Hidup Ceria Tanpa Stres....
No comments:
Post a Comment